Peserta dari Perak, Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos atau pun Tahfiz Muda Aqil, 11 tahun, telah diumumkan sebagai Juara Tahfiz Muda musim pertama dalam Persada Akhir Tahfiz Muda malam tadi.
Pengumuman kejuaraan Aqil itu diumumkan oleh hos, Imam Muda Asyraf dalam saingan peringkat akhir yang menyaksikan Aqil berjaya menewaskan lima peserta lain.
Dengan kemenangan ini, Aqil berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi.
Turut diberitahu malam tadi ialah Aqil juga turut berjaya memenangi hadiah berupa pakej mengerjakan Umrah untuk dua orang hasil sumbangan penaja.
Dalam persaingan peringkat akhir ini, Aqil telah mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari surah Al-Insyiqaq dan berjaya memberi jawapan yang tepat kepada juri mengenai hukum tajwid.
Kedudukan naib juara pula dimenangi oleh Tahfiz Muda Fatimah, 12, yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000 beserta trofi.
Fatimah atau nama sebenarnya Fatimah Azzahra Binti Bukhari telah mengalunkan bacaan dari Surah Al-Mutaffifin.
Tempat ketiga pula ialah Tahfiz Muda Syadril atau nama sebenarnya Muhammad Syadril Idham Bin Sable, 11, yang mengalunkan bacaan Surah Al-Infithar. Dia memenangi wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.
Menariknya ketiga-tiga pemenang utama Tahfiz Muda ini berasal dari Perak.
Tempat keempat dimiliki oleh Tahfiz Muda Amir yang memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi.
Manakala tempat kelima dan keenam, masing-masing menjadi milik Tahfiz Muda Anas dan Tahfiz Muda Iman di mana kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Ustaz Ahmad Fuad Mat Ali.
Kesemua finalis ini telah diadili oleh PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan, Ustaz Zamri sebagai Hakim Tajwid, Ustazah Sharifah Khasif sebagai Hakim Tarranum/Kreativiti dan Ustaz Don Daniyal selaku Mursyid dan juga hakim jemputan.
Penyanyi Mawi serta PU Rahmat muncul sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan di awal rancangan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Sementara itu, Aqil berkata dia langsung tidak menyangka dirinya dapat bergelar juara.
Meskipun pada awalnya menyatakan keyakinan bahawa dia mampu menang, keyakinan itu tergugat selepas selesai mengalunkan bacaan ayat Al-Quran dari Surah Al-Insyiqaq.
Sebaliknya Aqil selepas itu merasakan bahawa Tahfiz Muda Syadril lebih layak bergelar juara selepas persembahan meyakinkan dari sahabatnya itu.
Aqil bagaimanapun melahirkan rasa gembiranya yang tak terhingga sebaik namanya diumum juara.
Menyentuh hasil kemenangannya, Aqil memberitahu yang dia akan menggunakan wang itu untuk membantu kedua ibu bapanya selain membawa orang tuanya mengerjakan Umrah.
Gempak
Fri May 27 2016
Dengan kemenangan ini, Aqil (gambar) berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 beserta sebuah trofi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
Juara Tahfiz Muda dipilih ikon Rakan Muda Masjid Negeri Perak
Peranannya untuk menarik generasi muda, khusus yang sebayanya agar berminat mendalami ilmu al-Quran dan berkunjung ke surau dan masjid.
Tahfiz Muda Aqil muncul juara Tahfiz Muda musim pertama
Tahfiz Muda Aqil, 11 tahun, telah diumumkan sebagai Juara Tahfiz Muda musim pertama dalam Persada Akhir Tahfiz Muda malam tadi.