Isteri kepada pelakon, Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sentiasa berada di sisinya sejak perkahwinan mereka pada 2003.

Diyana yang merupakan usahawan menjual hijab, meluahkan isi hatinya di laman media sosial Instagram berikutan hari lahir Aaron yang ke 42 tahun hari ini.


“Ya Allah, tolong kurniakan suamiku kesihatan yang panjang, keimanan dan kebahagiaan di dunia dan syurga kelak.

“Saya hanya mampu bersyukur kepada Allah SWT. Terima kasih kerana berada di sisi saya,” luah Diyana di IGnya.

Kemeriahan hari jadi Aaron turut dapat dirasai di dalam media sosial apabila kini trending nombor satu di Twitter dengan hashtag #AARONAZIZTURNS42.


Sebahagian peminat berseloroh apabila Aaron yang kini sudah cecah umur 42 tahun tetap kelihatan muda.