PELAKON Olivia Wilde telah menandatangani perjanjian dengan Sony Pictures untuk mengarah sebuah filem Marvel yang menampilkan watak wanita sebagai watak utama.
Ia sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa filem baharu tersebut merupakan Spider-Woman.
Memetik laporan Screen Rant, Sony menghabiskan beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengembangkan koleksi watak-watak Spider-Man yang dimiliki mereka dan menjadikannya sebagai filem francais.
Studio berkenaan mendapat sambutan hangat dengan filem "Venom" pada 2018 dan sudah merancang sekuel filemnya.
BACA: Spin-off terbaharu Spider-Man bakal diterajui wanita?
Seterusnya, Sony mengharapkan filem lakonan Jared Leto, "Morbius" untuk memecah rekod pecah panggung.
Sementara itu, Spider-Woman mempunyai beberapa identiti rahsia dalam dunia Marvel.
Antara identiti Spider-Woman terkenal ialah Jessica Drew, Julia Carpenter, Mattie Franklin, Charlotte Witter dan Skrull yang mempunyai kemampuan berubah bentuk, Veranke.
Setakat ini, belum diketahui versi mana yang akan digunakan Wilde atau sama ada benar beliau akan mengarahkan filem Spider-Woman.
Bagaimanapun, menerusi satu ciapan di akaun Twitter peribadinya, Wilde mengesahkan desas-desus yang bertiup kencang itu dengan emoji labah-labah.
Apa sahaja filem yang bakal diarahkannya, Wilde akan menulis skrip filem berkenaan bersama-sama rakan penulisnya Katie Silberman.
Amy Pascal pula akan menghasilkan projek rahsia tersebut dengan penerbit eksekutif Rachel O’Connor.
Filem Wilde yang tidak bertajuk lagi itu akan menyertai filem arahan pengarah S.J Clarkson, Madame Web, sebagai filem adiwira wanita kedua Sony dalam francais Spider-Man.
Bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan Wilde mungkin akan memilih untuk memberi nafas baharu kepada Silver & Black atau watak wanita lain dalam dunia Spider-Man.
Agensi
Fri Aug 21 2020
!['Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony 'Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597898218_movieUpcoming.jpg)
Wilde disebut-sebut bakal mengarahkan filem Spider-Woman. -Gambar Instagram@oliviawilde / marvel.com/
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
!['Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony 'Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81597898218_movieUpcoming.jpg)
'Spider-Woman' dalam pembikinan? Olivia Wilde bakal terajui filem Marvel untuk Sony
Antara identiti Spider-Woman terkenal ialah Jessica Drew, Julia Carpenter, Mattie Franklin, Charlotte Witter dan Skrull yang mempunyai kemampuan untuk berubah bentuk, Veranke.