KUALA LUMPUR: Cukup meriah dan mengembalikan nostalgia, itulah yang dapat digambarkan mengenai konsert Kumpulan Slam yang berlangsung hampir dua jam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Sabtu lalu.
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir menerusi 14 lagu hits mereka, termasuklah artis-artis popular, antaranya penyanyi Misha Omar.
Bahkan, belum pun pentas dibuka, sorakan dan tepukan peminat sudah menghangatkan suasana dewan dan tepukan bertambah gemuruh sebaik semua anggota Slam dari Shah (gitar utama), Eddie (keyboard), Man (dram), Lili (gitar bass) dan Zamani (vokalis) muncul di atas pentas.
Segmen pertama pentas DFP Showcase: Slam, dibuka dengan pilihan lagu-lagu hits kumpulan itu seperti Nurkasih, Terasing Dalam Sepi, Kurnia, Entah Mengapa, Buat Seorang Kekasih dan Tiada Aku Jemu.
Kelunakan suara Zamani yang masih padu, memukau penonton yang hadir sepanjang satu jam setengah konsert berlangsung.
"Sama macam dulu? Maaflah sebab (sekarang) sudah tua, walaupun kami tidak muda macam dulu, Insya-Allah masih boleh menghiburkan anda semua. Harap anda semua tidak jemu tengok kami," seloroh Zamani yang mendapat sorakan peminat.
Sepanjang persembahan berlangsung, Zamani tidak putus-putus mengucapkan terima kasih buat peminat yang hadir pada malam itu serta memberi sokongan sejak awal kemunculannya.
Zamani turut melahirkan rasa terharunya apabila doktor yang merawat penyakit Skoliosis dialaminya turut hadir pada malam tersebut.
"Terima kasih Dr Hisyam hadir malam ini. Beliau adalah individu yang (bertanggungjawab) meluruskan (tulang belakang) saya yang bengkok sikit sebelum ini. Walaupun, tidak lurus betul. Alhamdulilah bertambah baik," ucapnya.
Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri seni , anggota kumpulan Slam ternyata bijak mencuri perhatian peminat yang hadir dengan aksi bersahaja mereka di atas pentas.
Pada segmen kedua, Slam membawakan lagu Kembali Merindu, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Rayuan Di Puncak Genting, Malam Dan Semalam serta Kembali Terjalin yang membuatkan penonton turut sama menyanyi.
"... malam ini kita tidak akan menyanyikan lagu Gerimis Mengundang... sebab dah selalu sangat," seloroh Zamani sambil meninggalkan pentas seolah-olah persembahan mereka sudah berakhir.
Suasana itu mencetuskan sedikit kekecohan yang menyebabkan penonton mula berteriak 'we want more' berulang kali dan hanya kembali reda apabila ahli kumpulan itu masuk semula ke dalam dewan lantas mengambil posisi masing-masing.
Sebagai bonus, kumpulan muzik legenda itu mendendangkan dua lagi lagu iaitu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian asal Flybaits dan Gerimis Mengundang, sekali gus mendapat tepukan sanjungan daripada penonton yang rata-rata berpuas hati dengan alunan vokal keramat Zamani dan persembahan keseluruhan kumpulan itu yang berjaya merawat kerinduan peminat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir menerusi 14 lagu hits mereka. -Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Zamani bakal bertunang dengan gadis pilihan
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 48, mengumumkan perkara itu pada sebuah majlis sambutan Aidilfitri di ibu kota.

Terima kasih sebab bagi peluang saya teruskan kerjaya seni saya - Zamani
Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang pula....

Zamani Slam bakal keluar single gubahan komposer dari seberang
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.

Zamani buat laporan polis berhubung kehilangannya - Polis
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam

Jangan viralkan video Zamani, ia bukan tayangan hiburan - Rais
Klip video penyanyi kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim yang menyanyi ketika tangan bergari disifatkan bukan tayangan hiburan yang perlu disebar atau diviral di media sosial.

Kerajaan Kelantan diminta bertegas isu penerokaan tanah - Shahidan
Kerajaan Negeri Kelantan diminta lebih bertegas dalam menangani isu penerokaan tanah yang tidak terkawal bagi tujuan pertanian di lebih 200 buah kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.