SETELAH hampir 12 tahun menyepi tanpa album, bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani akan tampil menemui peminat dengan lagu single gubahan seorang komposer dari negara seberang tidak lama lagi.
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.
"Sehingga kini judul lagu tersebut belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta yang tidak dibalas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya," katanya kepada pemberita pada sidang media Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam baru-baru ini.
Majlis Hi-Tea Eksklusif bersama Zamani Slam akan diadakan di YSQuare Connexion Hall Mall di sini bagi mengisi tabung Yayasan Kanser Malaysia cawangan Johor pada 26 Feb ini.
Meskipun nama komposer masih dirahsiakan, beliau berkata single terbaru itu bakal dipersembahkan buat pertama kali di YSQuare Connexion Hall Mall nanti.
Penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang dan Syair Si Pari-pari itu berkata beliau masih berpegang dengan genre muzik yang sama iaitu melodi Pop.
"Saya harap selepas ini dapat membina kembali kerjaya dalam dunia hiburan setelah lama tidak melakukan persembahan besar dan ia juga adalah sebagai hadiah kepada peminat yang masih setia," katanya.
Penyanyi berusia 44 tahun itu berkata walaupun hampir setahun tidak aktif membuat persembahan, beliau masih melakukan rutin harian membuat latihan vokal dan berbasikal bagi mengekalkan stamina dan kecergasannya.
Selain itu, beliau masih berhati-hati dalam melakukan aktiviti berat kerana bimbang masalah sakit tulang belakangnya berulang.
Zamani berkata beliau tidak bercadang untuk membuat pembedahan bagi merawat masalah sakit tulang belakang yang dihadapinya sejak empat tahun lalu kerana risikonya adalah tinggi.
Ditanya adakah masalah tersebut akan menggangu persembahanya nanti, Zamani berkata beliau akan melakukan persembahan yang terbaik dan ianya tidak akan mengganggu persembahanya.
Selain itu, Zamani juga bercadang untuk mengadakan penyatuan semula dengan anggota Slam yang lain bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan Slam pada era 90-an kepada peminat.
"Jika ada rezeki Insya-Allah tetapi perkara ini masih belum dibincangkan namun saya yakin ahli kumpulan Slam yang lain tidak mempunyai masalah kerana kami masing berhubung dan masih kekal sebagai kawan rapat walaupun berjauhan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Redblue Events and Management Aminudin Malek berkata selain daripada Zamani, persembahan di majlis amal itu akan turut diserikan oleh beberapa artis tempatan tanah air.
Bagi majlis itu, harga jualan meja bagi lapan orang tetamu dijual pada harga RM1,000 manakala RM130 bagi tiket individu.
Pada mereka yang berminat, boleh menghubungi Aminudin di talian 017-7878698 atau Aimin (012-7004690).
Bernama
Mon Jan 18 2016

ZAMANI: Sehingga kini judul lagu tersebut belum diputuskan, ia berkisar kisah cinta yang tidak dibalas dan ia tidak mempunyai kaitan dengan kisah hidup saya. -Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Zamani Slam bakal keluar single gubahan komposer dari seberang
Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata beliau tidak memilih mana-mana komposer namun secara kebetulan cita rasa peminat sekarang lebih gemar dengan lagu gubahan komposer dari Indonesia.