Filem yang dibiayai FIFA United Passions dilaporkan telah menggambarkannya sebagai organisasi tersebut sebagai organisasi yang tamak.

Skandal rasuah yang membelenggu FIFA memburukkan lagi keadaan walaupun filem itu cuba mengangkat Sepp Blatter sebagai wira.

Rebiu mengenai filem United Passion telah dibuat oleh penulis portal Mashable Chris Taylor.

FIFA dilaporkan membiayai kos filem itu sebanyak AS$24 juta.

Taylor juga menyatakan Blatter mempunyai kawalan dalam penulisan skrip filem itu.

Namun apa yang Blatter cuba lakukan nampaknya memburukkan lagi keadaan selepas terdedahnya wujud skandal rasuah dikalangan ahli FIFA.

Taylor menggambarkan habuan wang sentiasa menjadi faktor utama dalam pemilihan tuan rumah Piala Dunia sejak 1930 lagi.

Dalam filem itu, Uruguay dianugerahkan sebagai tuan rumah pertama Piala Dunia selepas menjamin ia mampu menawarkan wang yang banyak kepada organisasi itu.

Filem United Passion sudah ditayangkan di Serbia dan dijangka ditayangkan di Amerika Syarikat dan Eropah selepas skandal rasuah FIFA menjadi perhatian ramai.