IMPIAN penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto tercapai menerusi lagu "Menjaga Cintamu" yang juga lagu runut bunyi (OST) bagi filem "Anwar, The Untold Story".
Filem "Anwar, The Untold Story" adalah sentuhan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment sementara lagu berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.
Menurut Siti, dia sudah lama mahu bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat dari seberang itu.
“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi dan peluang yang diberikan ini sangat bermakna.
“Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu "Menjaga Cintamu".
“Saya adalah penyanyi dan tugasan saya adalah menyanyi. Pada masa sama, saya juga mempunyai ramai peminat di Indonesia.
“Saya jarang menolak untuk menyampaikan lagu-lagu OST sebelum ini. Apabila pihak penerbit filem ini datang bertemu dengan pengurusan saya, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini.
“Saya juga mendapat penerangan mengenai filem "Anwar, The Untold Story". Proses perbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Mengenai lagu "Menjaga Cintamu", kata Siti, walaupun dia menyanyikan lagu OST filem "Anwar" tetapi lagu itu menggambarkan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan secara amnya untuk wanita yang setia dalam mencintai pasangan mereka.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu 'Menjaga Cintamu' kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik 'Menjaga Cintamu' ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita.
"Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya.
Berkongsi pengalaman di studio, kata Siti, proses rakaman lagu "Menjaga Cintamu" berlangsung selama sejam dan Andi sendiri yang menjaga vokal dan menerbitkannya.
“Ia satu pengalaman baharu dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu 'Menjaga Cintamu' di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus COVID-19.
“Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik. Proses rakaman dibuat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya lagi.
Ditanya perbezaan bekerjasama dengan komposer Indonesia seperti Andi, kata Siti, setiap kali masuk studio, ia adalah pengalaman dan guru berharga baginya.
“Saya bersyukur kerana sering menyanyikan lagu-lagu dari komposer Indonesia dan sedikit sebanyak, saya sudah memahami cara mereka bekerja.
"Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik daripada penyanyi, begitu juga dengan Andi.
“Saya juga merakamkan lagu ini selama sejam dan Andi juga terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih.
"Namun, lagu Menjaga Cintamu memang senang masuk ke dalam hati dan dapat saya nyanyikan dalam tempoh tidak begitu lama,” katanya.
Filem "Anwar, The Untold Story" yang mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei nanti.
Filem yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta ini menampilkan barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau dan Dewi Irawan. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat Apr 08 2023
Impian Nurhaliza untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Andi Rianto tercapai menerusi lagu Menjaga Cintamu yang juga OST bagi filem Anwar, The Untold Story. -Media Hiburan
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.