DI PASARAN sekarang sudah wujud ratusan buku yang “ditulis” oleh kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT.


Ringkasan AI
  • Di pasaran sekarang sudah wujud ratusan buku yang ditulis oleh kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT.
  • Bagi memudahkan orang ramai melakukan pemilihan, Persatuan Penulis Amerika (TAG) menerbitkan sijil khas untuk mengesahkan ketulenan buku yang ditulis manusia.
  • Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.


Ini menyebabkan orang ramai merasakan diri ditipu apabila membeli buku yang bukan hasil nukilan minda manusia.

Bagi memudahkan orang ramai melakukan pemilihan, Persatuan Penulis Amerika (TAG) menerbitkan sijil khas untuk mengesahkan ketulenan buku yang ditulis manusia.

Buku tulisan manusia akan mempunyai logo khas. Senarai lengkap buku yang ditulis oleh manusia juga boleh diakses oleh orang ramai menerusi laman web TAG.

TAG mengumumkan penghasilan sijil ini pada Oktober tahun lalu selepas melihat lambakan buku yang ditulis AI dijual menerusi Kindle dan laman Amazon.

Pada peringkat awal, pengesahan ketulenan karya hanya akan diberikan kepada buku yang ditulis oleh ahli TAG secara perseorangan.

Ia kemudian akan dibuka kepada buku yang dihasilkan oleh lebih daripada satu penulis serta bukan ahli persatuan.

Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja. -Amanz