PELAKON Fizo Omar mengakui tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk bersama keluarga akibat sibuk dengan kerjaya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fizo meluahkan rasa terkilannya apabila tidak dapat menemani isterinya, Mawar Abdul Karim membawa bayi perempuan mereka, Wan Maryam untuk berjumpa doktor.

"Maryam nak pergi amik injection dah nak masuk 3 bulan dah umur dia, kesiannya tengok muka dia sedih daddy tak dapat teman nak pergi jumpa doktor. Daddy work la sayang dekat Perlis ni.

"Ikutkan hati nak bersama keluarga sepanjang masa, tapi tanggungjawab sebagai bapa kene berkerja mencari rezeki, pengorbanan ibu plak banyak kene sacrifice juga stay at home jaga dan besarkan anak. Satu combination yang cukup unik masing-masing berkorbanan demi anak.

"Semoga anak Wan Maryam ini membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah,usahawan dan pemimpin di masa depan, kepuasan pengorbanan sebagai ibubapa dalam mencari rezeki, bukanlah semata mata melihat kepada berapa banyak harta yg dapat dikumpul,tetapi berapa banyak manfaat yang dapat diberikan kepada orang lain.

"Insyallah hasilnya mungkin bukan untuk dinikmati sekarang ini, tapi mungkin untuk anak-anak saya, keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya," tulisnya.

Maryam nak g amik injection dah nk masuk 3 bulan dah umur dia. . Ksiannya tgk muka dia sedih daddy xdpt teman nk g jmpe doktor.daddy work la syg kat Perlis ni. . Ikutkan hati nak bersama family all da time,tapi tanggungjawab sbgai bapa kene berkerja mencari rezeki. . Pengorbanan ibu plak byk kene sacrifice juga stay at home jaga dan besarkan anak.satu combination yg cukup unik masing2 berkorbanan demi anak. . Semoga anak Wan Maryam ini membesar dgn sihat dan jadi anak yg solehah,usahawan dan pemimpin di masa depan. . Kepuasan pengorbanan sebagai ibubapa dalam mencari rezeki,bukanlah semata mata melihat kpd berapa banyak harta yg dapat dikumpul,tetapi berapa banyak manfaat yg dapat diberikan kpd orang lain. . Insyallah hasilnya mungkin bkan utk dinikmati sekarang ini,tapi mungkin utk anak2 saya,keluarga dan generasi bangsa kita seterusnya.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Rata-rata peminat kagum dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Fizo dan mereka mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 10 November, 2013.