PROGRAM sketsa komedi Sepahtu Reunion Live kembali bersiaran secara langsung pada tahun 2022 menampilkan kandungan yang sarat mesej dan barisan pelakon yang menarik.
Namun, ketiadaan pemenang kasut emas program Mencari Sepahtu Yang Hilang, Dewa dari kumpulan Arteh menimbulkan tanda tanya.
Menurut Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, 37, tiada isu tentang ketiadaan Dewa dalam musim terbaharu ini kerana kemunculan tersebut adalah sebagai hadiah bonus kemenangan.
“Sebenarnya kemunculan Dewa di Sepahtu Reunion Live adalah sebagai hadiah kemenangan juara program Mencari Sepahtu Yang Hilang pada tahun 2021. Itu sahaja yang kita dah janjikan.
“Jadi kemunculan dia hanyalah pada setakat itu sahajalah, bukanlah sebagai kemunculan tetap.
"Penampilan dia pada edisi terdahulu adalah sebagai hadiah bonus di atas kemenangan. Bila kita mula dengan musim baharu ni, dia dah tiada.
“Mereka semua pun tahu tentang perkara tersebut, sebelum bermulanya program Mencari Sepahtu Yang Hilang pun kita ada maklumkan pada semua peserta tentang hadiah bonus tu, jadi jelas di situ,” ujarnya kepada Gempak.
Jep ditemui selepas siaran langsung program Sepahtu Reunion Live 2022 yang berlangsung di Royale Theatre, Shah Alam pada Khamis.
Tambah Jep lagi, sebagai pembaharuan untuk musim terbaharu ini, mereka akan menampilkan seorang pelakon legenda yang akan bersama Sepahtu sepanjang 12 episod bersiaran.
“Saya sangat teruja dengan kemunculan seorang legenda ini untuk menyertai keluarga Sepahtu Reunion Live musim terbaharu ni, hati saya merasakan individu ini akan banyak membantu kami sepanjang episod.
“Saya dah banyak bekerjasama dengan individu ini dan alhamdulillah semuanya menjadi.
"Cuma minggu ni dia tak boleh bersama kami dan dia akan buat kemunculan minggu hadapan,” jelasnya lagi.
Saksikan musim terbaharu Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran setiap Khamis, 9 malam di saluran Astro Warna (107).
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Jun 04 2022

Sepahtu Reunion Live kembali bersiaran secara langsung dengan menampilkan kandungan yang sarat mesej dan barisan pelakon yang menarik. -Gempak

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sepahtu Reunion Live kembali, ketiadaan Dewa Arteh cetus tanda tanya
Sebagai pembaharuan untuk musim terbaharu ini, mereka akan menampilkan seorang pelakon legenda yang akan bersama Sepahtu sepanjang 12 episod bersiaran.