Dalam usaha membantu Gaza, Persatuan Seniman Malaysia menganjurkan sebuah konsert amal.

Sebelum itu, satu pra-konsert diadakan bertempat di Sri Gombak sebagai permulaan.

Antara artis yang menghiburkan penonton pada pra-konsert yang berlangsung 25 Disember lalu termasuk Kelangit dan Isma AF7.

Sumbangan akan disalurkan melalui Aqsa Sharif yang turut disertai ahli Seniman antaranya Afdlin Shauki, Zain Saidin dan Bront Palarae.

Presiden Seniman, Zed Zaidi mensasarkan kutipan dana sekurang kurangnya RM10,000 di konsert itu nanti.

Konsert "Selamatkan Gaza" akan berlangsung di I-City Shah Alam pada 29 Disember ini.