SELEPAS 15 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, aktres terkenal Bollywood, Sana Khan akhirnya menyedari kerja-kerja yang dilakukannya itu tidak menggembirakannya.
Bahkan, sejak beberapa hari lalu pelakon jelita berusia 32 tahun itu tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?
Bertitik tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan.
“Namun, sejak beberapa hari lalu, saya memikirkan apakah maksud sebenar dalam kehidupan manusia hanya semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran? Tidakkah menjadi tanggungjawab setiap seorang daripada kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan?
“Bukankah seseorang itu harus berfikir dia boleh sahaja diambil nyawanya pada bila-bila masa? Dan pakah yang akan terjadi selepas kita tiada (meninggal dunia)?” tulis Sana dalam akaun media sosialnya beberapa hari lalu.
Membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
"Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,"tulisnya dalam hantaran yang mendapat perhatian peminat-peminat setianya.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh olehNya.
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
Dalam masa sama, Sana meminta peminat-peminatnya agar sama-sama mendoakan dia dapat melakukan taubat dan usahanya itu diterima oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa ikaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Dia juga pernah muncul dalam 50 iklan komersial gselain aktif sebagai penari. Pada 2019, aktres terkenal Zaira Waseem juga mengumumkan pengundurannya dari industry perfileman kerana ingin kembali kepada ajaran agama.
Agensi
Mon Oct 12 2020
Sejak beberapa hari lalu, Sana yang berusia 32 tahun tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran? - Gambar Instagram SANA KHAN
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Menikahi ulama sangat indah kata pelakon terkenal Bollywood Sana Khan
"Tidak pernah terfikir percintaan yang halal akan menjadi sesuatu yang indah sehinggalah menikahi kamu."
"Semoga Allah terima taubat saya" - Pelakon Bollywood Sana Khan umum tinggalkan dunia hiburan
Sana Khan umum undur diri dari dunia lakonan, mahu perbaiki kehidupan dan dekati Allah.