ISTERI pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini mendakwa tidak lagi boleh berdiam dan rasa telah dikhianati termasuk isu perkahwinan Hafidz yang berlaku di luar pengetahuannya.
Melalui catatan terbaharu di laman Instagramnya, Nurul menjelaskan, keluarga Hafidz juga telah membenarkan perkahwinan tersebut tanpa izinnya.
"Saya terasa seorang diri dan hadirnya pihak lain yang menjadi orang ketiga dalam kehidupan kami. Kebiasaannya pada peringkat awal, saya sebagai wanita menjadi marah, geram, keliru memikirkan pelbagai hal. Saya kecewa. Saya sedih.
"Saya memikirkan nasib saya dan anak-anak. Mampukah kami meneruskan kehidupan sebagai suri rumah dan bangkit untuk membela saya dan anak-anak. Apakah kemungkinan akan datang?," jelasnya.
Terdahulu, Hafidz menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Nurul Shuhada yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah pada 5 Mac lalu di Instagram.
Dalam satu surat terbuka yang dimuat naik ke media sosial, Hafidz berkata selama ini dia mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mahu menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara baik.
BACA: Dakwa keluarga difitnah, Hafidz Roshdi beri tempoh 48 jam untuk isteri mohon maaf
BACA: "Shu sayang Akak sampai syurga" - Menitik air mata Bella Astillah lihat Shuhada menangis
Dalam pada itu, kata Nurul Shuhada, kenyataannya yang dimuat naik di media sosial adalah demi melindungi dirinya dan anak-anak.
Pada 2 Mac lalu, Nurul Shuhada membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, mendakwa ditumbuk Hafidz beberapa kali sehingga mengalami kecederaan pada bahagian mata.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan mengesahkan pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, 13 Mac ini, berhubung kesalahan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh.
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya mempunyai hubungan dengan wanita bernama Athira Yuhada.
Astro Awani
Sat Mar 11 2023

Melalui catatan terbaharu di laman Instagramnya, Nurul menjelaskan, keluarga Hafidz juga telah membenarkan perkahwinan tersebut tanpa izinnya. - Foto gempak.com

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hafidz dakwa bekas isteri bawa anak ke Australia tanpa izin
Hafidz Roshdi mendakwa dirinya langsung tidak diberikan peluang oleh bekas isteri, Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan dua anak mereka sejak lebih setahun lalu.

Cedera bekas isteri: AGC tolak representasi pelakon Hafidz Roshdi
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan 20 Jan depan untuk perbicaraan dan mengarahkan pengadu iaitu Nurul Shuhada, 30, hadir pada prosiding berkenaan.

Pendakwaan mahu teruskan kes Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri
Pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukhri.

Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi, mahkamah tetap tarikh akhir kes
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya memberitahu pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz Roshdi gembira Nurul Shuhada tarik balik kes pukul
Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan.

Hafidz Roshdi pasrah terus dicemuh
Aktor Hafidz Roshdi bersikap terbuka sekiranya terus menjadi sasaran cemuhan atau kebencian masyarakat selepas ini.

“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz mohon masyarakat tidak mudah menghukum orang lain hanya dengan satu kesilapan dilakukan mereka.

'Allah tunjukkan saya tak berbohong' - Nurul Shuhada doakan kebahagiaan bekas suami
Menurut Nurul Shuhada, pernikahan itu juga 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.

Hafidz Roshdi dan Athira Yuhada akhiri teka-teki, selamat diijab kabul
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di akaun Instagram.

Bicara kes pelakon Hafidz Roshdi cedera bekas isteri bermula 6 Feb
Mahkamah Majistret menetapkan dua hari bermula 6 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya Mac lepas.