PENYANYI legenda, Datuk Jamal Abdillah menafikan dirinya menjadi punca terhadap hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang.
Walaupun tidak tinggal bersama, namun, Jamal berkata, dia masih melayan anaknya secara sama rata dan tidak membeza-bezakan kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka.
“Untuk makluman saya masih lagi berhubung dengan anak saya.
"Tambahan pula, Zaki kini merupakan salah seorang peserta sebuah program televisyen dan saya juga terbabit dalam rakaman program itu,” katanya kepada Gempak.
Jamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Jamal berkata, dia sudah menyediakan rumah untuk kedua-dua orang anaknya itu.
Tambah penyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu lagi, anak-anaknya juga terbuka untuk tinggal bersamanya.
“Saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya. Tapi, apa-apa pun, saya serahkan segalanya kepada ibu mereka dan juga Allah SWT,” katanya lagi.
Terdahulu, kontroversi tercetus apabila Zaki pernah meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak berpeluang untuk beraya bersama bapanya.
Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya itu selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Fri Jun 10 2022

Jamal Abdillah menafikan dirinya menjadi punca terhadap hubungan dengan anak keduanya, Zaki Yamani menjadi renggang. - Foto Astro GEMPAK

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.

Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.