Anggota keluarga dan sahabat handai terdekat seniman Tan Sri SM Salim tidak putus-putus mengujungi beliau di kediamannya di sini malam ini setelah beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi.
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.
Antara yang berkunjung ialah pelakon Fauziah Nawi dan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah.
Menurut anak keenam SM Salim, Shamsul, bapanya mengadu sesak nafas sejak pagi tadi.
Doktor telah memberikan bantuan oksigen tetapi itu tidak banyak membantu, katanya kepada Bernama di sini malam ini.
SM Salim atau nama sebenar, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu. -Bernama
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.

Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia
Inisiatif konsert itu antara lain sebagai platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Teguran Perdana Menteri: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani terkena tempias
ZAKI Yamani lain yang muat naik status, Zaki Yamani lain pula yang kena tempias. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi, Zaki Yamani yang juga anak kepada penghibur tersohor, Datuk Jamal Abdillah.

Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah bergabung dalam konsert amal Alunan Irama
Jamal bersyukur kerana bakat yang dimilikinya mampu membantu golongan memerlukan menerusi konsert tersebut.

Keluarga dan sahabat ziarah SM Salim
Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.