Dalam pada itu, Pak Nil mempelawa penerbit yang memerlukan pelakon kanak-kanak untuk mengambil anak kecil itu bekerja. - Foto Instagram Aznil Nawawi
PENGACARA popular Datuk Aznil Nawawi memuat naik sebuah rakaman video bersama seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menjual tisu.
Video tersebut menunjukkan Aznil atau lebih dikenali dengan Pak Nil membantu dengan membeli kesemua jualannya.
"Lepas beli semua, Pak Nil suruh anak itu balik terus. Jangan merayau-rayau lagi.
"Terhibur Paknil dapat usik si kecil ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.
"Sesiapa jumpa anak ni di Johor Bahru, cakap kat dia Pak Nil kirim salam dan bagitau dia yang dia dah popular!" tulisnya di Instagram (IG).
Rata-rata pengikut Pak Nil mula sebak selepas mendengar pengorbanan anak kecil ini demi membantu ibunya.
"Berapa ni?" tanya Pak Nil.
"Ikut suka nak bayar berapa. Saya nak tolong mak sebab ayah dah meninggal," jawab kanak-kanak itu.
Dalam pada itu, Pak Nil mempelawa penerbit yang memerlukan pelakon kanak-kanak untuk mengambil anak kecil itu bekerja.
"Kalau ada penerbit nak pelakon kanak-kanak, tolong ambik anak ini, Pak Nil rasa macam dia ada bakat yang semulajadi la.
"Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak," tulisnya lagi.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.