SHAH ALAM: Bermula pada tahun 2012, siapa sangka program hiburan keluarga, kekal teguh menghiburkan peminat setiap malam Selasa sehingga kini.

10 tahun bersiaran pasti banyak turun naik yang dilalui malah pihak produksi pastinya cuba menampilkan segmen-segmen menarik bagi mempersembahkannya kepada penonton.

Menurut Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar, pihak Meletop akan sentiasa membawakan kandungan yang segar dan menampilkan lebih banyak kelainan pada masa akan datang lebih-lebih lagi dengan kedatangan muka baharu, Hawa Rizwana sebagai pengacara tetap.

“Akan ada banyak kejutan , dari pihak Hawa dan Meletop sendiri.

“Selepas ini juga kami akan tampilkan kandungan yang lebih segar dan lebih aktiviti di dalam program MeleTOP,” katanya ketika ditemui media pada Selasa.

MeleTOP meraikan ulang tahun kesepuluh dengan mengadakan konsert 10QMeleTOP bagi meraikan peminat setia yang banyak menyokong program tersebut.

Konsert 10QMeleTOP dihoskan oleh lima pengacara iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Elly Mazlien, Sherry Al Hadad, dan Uyaina Arshad.


Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana semasa siaran langsung konsert 10QMeletop


Konsert itu turut menampilkan persembahan bertenaga daripada Khai Bahar, Stacy, Haqiem Rusli, Black, Amir Masdi dan Aina Abdul.

Auditorium MBSA menjadi lebih meriah apabila, penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan tampil dipentas utama dengan menyanyikan lagu Mencari Cinta Sejati.


Persembahan pembukaan daripada Khai Bahar dan Stacy

Cakra Khan memeriahkan Auditorium MBSA dengan menyanyikan lagu Mencari Cinta Sejati


MeleTOP turut meraikan penonton setia yang hadir di Auditorium MBSA dengan cabutan bertuah sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini.