KUALA LUMPUR:Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad kini menjalani kuarantin kendiri dirumahnya.
Nabil mengambil keputusan untuk membuat swab test kerana pernah mempunyai sejarah kunjungan di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya yang dimaklumkan terkesan dari kes COVID 19.
Menurutnya, selepas menerima notis pusat beli-belah itu mempunyai kes, dia terus memanggil pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian.
"Kami dapat tahu semalam (Isnin) jadi kami terus buat keputusan untuk menghubungi pasukan swab-test swasta untuk melakukan ujian," katanya.
DAPATKAN DATA COVID-19 TERKINI DI SINI
"Bukan saya sahaja, ahli keluarga saya dan orang gaji saya juga menjalani ujian tersebut sebagai langkah berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Buat masa ini, pengacara yang popular dengan program realiti, Gegar Vaganza itu sihat dan tidak mempunyai sebarang simptom.
Namun, pelawak berusia 37 tahun itu tetap mahu menjalankan ujian tersebut kerana tugasnya yang memerlukannya berjumpa ramai orang lebih-lebih lagi program Gegar Vaganza akan bermula tidak lama lagi.
Pada masa sama, Nabil memberitahu keputusan COVID-19 beliau akan diperolehi esok pagi dan meminta semua masyarakat Malaysia mendoakan kesejahteraanya bersama keluarga.
Nabil yang juga pengacara program Meletop juga tidak menghadiri program mingguan itu namun hanya akan dihubungi melalui panggilan video.
Semoga tiada apa-apa yang berlaku kepada Nabil Ahmad dan keluarga.
Asyraf Roslan
Tue Oct 06 2020

Nabil telah menjalani swab test pada pagi Selasa. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

GV11: Astro kekalkan gandingan Nabil dan Jihan, magis keserasian yang sukar ditandingi
Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang, dan Datuk Ramli MS kekal sebagai juri untuk musim ini.

Tidak 'sado' tapi Nabil, Pak Azad dan Radin tampil segak beruniform Maritim Malaysia
Di sebalik kesibukan menjalankan tugas sebagai penyampai pagi di ERA, trio Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan Radin tidak ketinggalan menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.

Olimpik Paris 2024: Idea Nabil guna ‘kabel’ dekati Lee Zii Jia berhasil
Idea pengacara Nabil Ahmad menggunakan nenek Lee Zii Jia sebagai 'kabel' bagi menarik perhatiannya membuahkan hasil.

Bertahun sambut Aidilfitri tanpa kuih raya, Era bantu nasib ibu empat beranak
ERA bantu nasib Ibu empat beranak rai Aidilfitri selepas bertahun-tahun tiada kuih raya di atas meja.

All Stars Gegar Vaganza: Kurang main dengan dinamik, Noryn Aziz tersingkir
Noryn menjadi bintang ketujuh tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.

All Stars Gegar Vaganza: Ezad Lazim tersingkir - 'Saya kena balik cepat, rumah banjir'
Ezad gagal menambat hati juri selepas menyanyikan lagu Seksa (Ukays).

All Stars Gegar Vaganza: Giliran Ayai Ilusi tersingkir
Ear monitor Ayai hampir tertanggal ketika persembahan menyebabkannya hilang fokus.

"Ramai doa nak tengok saya keluar..." - Aishah
Aishah yang menyanyikan lagu Terlanjur Cinta berduet dengan Vince gagal menambat hati juri untuk kekal ke minggu berikutnya.

GV10: Kak Lina undur diri, Nabil Ahmad 'speechless'
Pengacara Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa terkejut apabila mengetahui keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri.