Ringkasan AI
- Trio penyampai pagi ERA, Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad), dan Radin, menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya, mengenakan uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
- Mereka tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia, termasuk melakukan push-up bersama anggota lain yang terlibat dalam perarakan.
- Penyertaan mereka membawa keterujaan kepada orang ramai yang hadir serta netizen di media sosial, seperti yang dikongsikan di Instagram era.je dan malaysia_coastguard.
Ketiga-tiga penyampai terkenal itu tampil segak mengenakan uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Menerusi perkongsian di Instagram era.je dan malaysia_coastguard, mereka bertiga tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia.
Bahkan mereka turut melakukan push-up sama seperti anggota lain yang terlibat dalam perarakan tersebut.
Penyertaan ketiga-tiga mereka nyata membawa keterujaan kepada orang ramai yang hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan acara sambutan, juga dalam kalangan netizen di media sosial.