PENYANYI Raja Syahiran mempunyai ciri-ciri menantu pilihan ibu pelakon da pengacara terkenal, Uyaina Arshad.
Itu pengakuan ibu Uyaina, Siti Noor Farah, ketika ditanya hos Nabil Ahmad jika bekas peserta program Dansa dan Sing itu mempunyai ciri-ciri untuk dijadikan menantu.
"Banyak ... Alhamdulillah," jawabnya ringkas.
Bak kata orang-orang lama kalau nak pikat anak, mestilah kena pandai mengambil hati orang tua dulu.
Raja Syahiran yang popular dengan lagu If I Could Go Back itu mengakui bahawa dia sangat terkejut dengan pengakuan yang dibuat secara langsung dalam program tersebut.
"Saya terkejut bila mak Uyaina buat pengakuan tersebut, sebab bagi saya ia menjadi satu tanggungjawab besar untuk saya sebab orang akan harap yang terbaik daripada saya untuk menjadi anak dan pasangan yang terbaik untuk Uyaina," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Pada masa yang sama, Raja Syahiran menyatakan bahawa kejutan untuk membawa keluarga Uyaina ke set MeleTOP dirancang bersama pihak produksi.
"Kejutan itu saya rancang bersama produksi dan saya katakan kepada mereka kejutan paling baik untuk dia adalah bawa keluarganya ke set MeleTOP.
"Dia sangat rapat dengan keluarganya, disebabkan memberi fokus kepada kerjaya, jadi dia tidak dapat meluangkan masa bersama mereka jadi bagi saya itulah kejutan paling baik untuknya," tambahnya.
Ditanya mengenai perancangan seterusnya bersama pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu, Raja meminta agar semua mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.
Dia juga memberitahu apa-apa perancangan seterusnya akan dirancang sebaik-baiknya bersama keluarga.
Dalam perkembangan lain, Raja Syahiran turut menyatakan bahawa dia kini sedang memberi tumpuan terhadap beberapa projek termasuk lakonan untuk tahun 2021.
Asyraf Roslan
Wed Dec 30 2020

Raja Syahiran buat kejutan kepada kekasihnya, Uyaina Arshad dengan membawa ibu dan abangnya ke set Meletop pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Selepas empat hari, Uyaina Arshad umum nama anak
Pelakon Uyaina Arshad mengumumkan nama anak lelakinya, Raja Urhan Raja Syahiran.

Uyaina, Syahiran sambut kelahiran 'baby U'
Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada petang Khamis.

Uyaina, Raja Syahiran bakal timang cahaya mata
Ramadan beri kemanisan buat mereka yang bukan sahaja menyambutnya kali pertama sebagai suami isteri tetapi juga sebagai bakal ibu bapa.

'Raja Syahiran banyak ciri-ciri menantu pilihan' - Ibu Uyaina
Bak kata orang -orang lama kalau nak pikat anak, mestilah kena ambil hati orang tua dulu.