Pengarah filem Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila tiga perompak memecah masuk kediamannya hari ini dan melarikan pelbagai barangan termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda dan kamera antik milik pengarah itu.
Isteri Mamat, Hasmah Hassan, 50, atau lebih dikenali sebagai Intan berkata kejadian itu disedari beliau pada pukul 6.30 pagi tadi ketika bangun tidur untuk menunaikan solat Subuh.
"Daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perompak dilihat telah umpil tingkap bahagian tepi rumah dan masuk ke dalam rumah. Mereka melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, Ipad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.
"Kerugian dianggarkan hampir RM100,000," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini, malam ini.
Menurut Hasmah, sejurus memasuki rumah, penjenayah itu mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan tersebut yang disimpan dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.
Katanya ketika kejadian beliau berada di rumah bersama dua anaknya iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, manakala Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Tanjung Malim.
Katanya beliau telah buat laporan di Balai Polis Kampung Rapat pada pukul 11 pagi tadi.
Siasatan polis tidak menjumpai sebarang kesan cap jari namun beliau telah menyerahkan rakaman CCTV dalam bentuk cakera padat untuk siasatan lanjut pihak polis, katanya.
Bernama
Thu Jun 19 2014
Rumah Mamat Khalid disamun, rugi hampir RM100,000
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih