Qadr (2014) ialah sebuah telefilem khas yang ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif arahan Faisal Ishak yang terkenal dengan arahan filem Juvana (2013).
Telefilem ini dibikin dalam versi kualiti definisi tinggi (HD) secara usaha sama Astro dan Filem Karya Nusa Sdn Bhd. Ia merupakan idea asal yang diangkat dari kisah benar oleh Ketua Pemerolehan Pengkomision Premium dan Media Baru Astro, Saniboey Mohd Ismail. Konsep dan skripnya pula nukilan oleh Umie Isa.
Qadr bermula di sebuah masjid di hari Jumaat dimana Khatib sedang berkhutbah mengenai ayat Surah Al-Hujurat, Ayat 12 yang merujuk huraian dan pengertian ‘prasangka’. Babak pembukaan ini berlapis serentak dengan pengenalan watak Pak Lah (Samsuri Shahrom) yang berprasangka buruk bila melihat Muhammad (Beto Kusyairy) yang memakai t-shirt berlogo ‘Iron Maiden’ sedang memasuki perkarangan masjid.
Dari situ, telefilem ini menyorot pula perihal siapakah dan apakah yang terjadi kepada Muhammad secara sekuen imbas kembali, sebelum dia sampai ke masjid tersebut. Dia sebenarnya memakai t-shirt itu yang dipinjam dari seorang sahabat kerana bajunya berlumuran darah! Unduran demi unduran kronologi kejadian yang berlaku kepada Muhammad dipaparkan sehingga ke babak tragedi kemalangan maut melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta pada pukul 5:27 pagi.
Bermula dari babak genting itulah, kisah Qadr meruak selain latar cerita Muhammad dimana 5 orang mangsa kemalangan yang terselamat iaitu Fareed (Zahiril Adzim) seorang pemain bolasepak yang hendak menghadiri sesi pemilihan pasukan Selangor FC, Geena (Tungku Anis) seorang pelajar yang tidak sabar mahu pulang ke kolej, Mak Jah (Kismah Johar) seorang makcik yang hendak meraikan kelahiran cucu sulungnya, Amira (Shera Aiyob) seorang pembantu rumah yang sedang melarikan diri dari majikan yang menderanya dan kisah Rahmad (Zain Hamid) yang sedang dalam perjalanan pulang menaiki kereta bersama kekasih sulitnya.
Telefilem ini cuba sedaya-upaya untuk menyeimbangkan setiap kisah yang terpecah untuk membawa konflik dan resolusi yang tersendiri untuk mewakili persoalan qada’ dan qadar semua watak yang terlibat. Kisah Fareed dan isterinya, Misah (Zahira Radzi) menyingkap isu kebergantungan individualistik Fareed kepada rezeki ‘kaki emas’ yang keterlaluan dan sifat putus asa sehingga membelakangkan keluarganya. Tragedi itu hanyalah ujian untuk dia bergerak ke hadapan dengan rezeki yang lain iaitu perniagaan nasi lemak Misah.
Kisah Geena dan ibu bapanya, Amir (Riezman Khuzaimi) dan Maria (Kartina Ayob) juga seperti kisah Fareed mengenai kelebihan fizikal yang direntap oleh tragedi itu. Fareed kehilangan sebelah kaki manakala Geena kehilangan kecantikan sebelah wajahnya.
Selain itu, kisah Geena menyerlahkan kekurangan di sebalik kekayaan kebendaan dan kebahagian keluarganya iaitu kelompongan rasa syukur kepada Pencipta yang memberi nikmat selama mereka hidup sebelum kemalangan ngeri itu. Kedua-dua kisah Fareed dan Geena mewakili kehidupan manusia yang terlalu tenggelam dalam duniawi sehingga terlupa mengenai akhirat.
Kisah Amira pula merujuk kepada individu yang sering diburu oleh masalah silam kehidupan yang terlalu tertekan tetapi tidak mudah putus asa walaupun sering menderita.
Cerita Amira dan kisah Muhammad berkongsi asas dugaan yang hampir serupa. Amira sedang lari dari majikan yang buas dan kejam, manakala Muhammad sedang melalui kehidupan yang kosong selepas kematian isterinya, Ummi (Umie Isa) dan anaknya Anaqi (Ayden Farish Faisal). Sekali imbas hidup Amira dan Muhammad seolah-olah tidak bermakna lagi, namun selepas kemalangan itu kedua-duanya disanjung kerana memberi pertolongan kepada orang lain. Tragedi itu memberi fasa baru kehidupan untuk membuktikan bahawa kewujudan mereka ada tujuan baik yang lebih sempurna serta mentafsirkan makna ‘move on’.
Kisah Rahmad, isterinya Layla (Aida Othman) dan kekasih sulitnya Dhia (Puteri Chichi) berkait sekaligus dengan kisah ibu bapa Dhia iaitu Pak Lah dan Mak Inom (Nor Amisah). Mereka ialah 2 kelompok keluarga yang mempunyai latar hidup yang gelap.
Rahmad yang curang dan melakukan maksiat dengan Dhia, juga ialah balasan kepada sikap prejudis Pak Lah yang suka mengumpat dan riak. Kejadian kemalangan itu ialah dentuman kejutan realiti untuk menginsafkan mereka. Masa silam mereka lebih teruk dari kisah latar keluarga Geena. Namun begitu, mereka sangat beruntung kerana diberikan peluang ke-2 untuk menyesal dan berubah sebelum terlambat.
Kisah Mak Jah secara luaran seperti ‘mangsa’ kerana berada di waktu dan tempat yang salah sehingga terbabit dengan kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Benar, Mak Jah yang digambarkan sebagai seorang wanita tua yang warak sering bertasbih di mana sahaja dipanjangkan umurnya kerana dia ada kepentingan di tengah-tengah kemelut semua kisah yang konflik yang lain. Mak Jah ialah pencadang dan pencetus resolusi kepada kesemua watak di hospital. Mak Jah terutamanya ialah penyelamat Amira atas dasar balas budi dan sekaligus kaitan Mak Jah dengan anaknya, Hidayu (Lynda Bangs) dan menantunya, Munir (Mior Fariz) seorang anggota polis yang mampu menyelesaikan konflik Amira dan majikannya. Ringkasnya, di sebalik kesakitan dari tragedi itu ada kemanisan yang bakal dirasai oleh orang lain.
Qadr bercerita secara pecahan berselang-seli dengan menjadikan lokasi dan tragedi kemalangan itu sebagai titik rujukan sebelum dan selepasnya bagi setiap kisah.
Semua kisah peribadi masing-masing dipaparkan secara berdikari untuk memahami apakah konflik hidup mereka sehinggalah dipertembungkan di babak kemalangan itu. Pengembangan cerita kesemua watak selepas kemalangan iaitu di hospital ialah penyelesaian dan klimak selepas diberi peluang ke-2 untuk terus hidup.
Telefilem ini menggabungkan elemen penceritaan dimana sebahagian besarnya drama kekeluargaan serta sedikit aksi ‘thriller’ dengan bantuan imej janaan komputer (CGI) untuk babak kemalangan yang bersesuaian. Struktur penceritaannya sedikit mirip dengan filem antarabangsa iaitu Amores Perros (2000) dan Crash (2004) serta filem tempatan Sepi (2008) yang melibatkan satu kemalangan jalanraya sebagai titik tembung dan tersebar.
Pembikinan telefilem Qadr mempunyai isi kandung yang mampu menghiburkan dan tidak terlalu mendesak persoalan moral serta dibantu oleh barisan pelakon yang bagus dan produksi yang teliti dikepalai oleh Faisal Ishak ini wajar dipuji. Ia bukan telefilem dakwah yang keras tetapi pesanan yang halus dan lembut seperti dialog oleh Muhammad (Beto Kusyairy) “Tuhan yang panjangkan umur dia, saya ini cuma proksi sahaja”.
Ajami Hashim
Mon Feb 17 2014
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Beto Kusyairy 'buat badan' demi filem Gayong
Beto ambil inisiatif lantik jurulatih peribadi bagi menjalani latihan kecergasan di gimnasium selain menjaga diet pemakanan ketat.
Beto Kusyairi syukur selamat, mohon doakan seorang lagi mangsa nahas
Beto meluahkan rasa syukur apabila terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.
Gandingan Sofyank dan Beto Kusyairy dalam video 'Metal Slug' terima pujian netizen
Sofyank mengakui dia sendiri yang memilih Beto untuk bekerjasama dengannya kerana menganggap aktor itu seorang yang hebat.
'Dia stabil, masih dalam jagaan pakar' - Beto Kusyairy sahkan Azhan Rani terlibat nahas motosikal
Azhan mahu memastikan keadaan dirinya betul-betul sudah stabil sebelum menjawab sebarang pertanyaan.
Perangi antivaksin, dapatkan pempengaruh galakkan vaksinasi - Pakar psikologi
Pengarah Penyelidikan dan Advokasi SOLS Health-Thrive Well, Dr Arman Rashid berkata kita perlu bertutur dalam bahasa yang sama dengan antivaksin dalam mendekati masyarakat yang lebih luas.
'Frontliner' papar konflik dalaman, pengorbanan barisan hadapan
Frontliner menampilkan nama-nama besar seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah dan Achey sebagai teraju utama.
'Kenapa lagi cantik dari perempuan ni?' - Wajah Beto Kusyairy selepas disolek curi perhatian
Wajah aktor Beto Kusyairy disolek seperti wanita menjadi perhatian dan bahan jenaka netizen.
Beto Kushairi menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Singapura
Beto Khusairy diumumkan pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya di Pesta Perdana 2017 Singapura pada Jumaat.
Jangan guna istilah 'retis' - Beto Kusyairy
Beto meminta khalayak agar mengambil tahu tentang asal-usul satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan.