AKTOR Beto Kusyairy meluahkan rasa syukur apabila terselamat dalam kemalangan melibatkan empat penunggang motosikal di Kilometer 349 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Ladang Bikam, pada Isnin.
Menurut Beto, 43, dia hanya mengalami luka kecil.
"Saya cuma nak maklumkan keadaan terkini, mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu. Saya terlibat kemalangan dengan dua penunggang lain.
"Keadaan saya alhamdulillah ok, dah buat x-ray, tak ada yang patah atau retak, cuma ada luka-luka kecil," ujarnya menerusi satu hantaran video di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, ujar bintang Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, salah seorang penunggang yang turut menyertai Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) ASEAN ke Masjid Negeri Perak di Ipoh mengalami kecederaan parah.
"Cuma saya nak minta doakan seorang lagi penunggang, keadaan dia tidak berapa 'cantik' (alami kecederaan parah). Jadi saya nak mohon doakan kesihatan beliau, diberikan kekuatan.
“Semoga keluarganya juga kuat hadapi dugaan ini,” katanya.
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023

Motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson milik Beto mengalami kerosakan akibat kemalangan itu. - Foto Sinar Harian

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.
'First class systems, third class maintenance' masih terjadi - Pakar
Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan juga Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan ukm (JANA@UKM), Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani berkata, ini bagi memastikan infrastruktur negara terus berfungsi secara optimum dan tidak menjadi liabiliti jangka panjang.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.