KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon, Puteri Sarah enggan menarik balik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga menjadi salah satu punca perceraiannya dengan suami, Syamsul Yusof tidak kesampaian pada Selasa.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga tidak bersetuju apabila pengarah filem 'Mat Kilau' itu meminta nafkah dua anak mereka dikurangkan sebanyak 30 peratus.
Sedangkan pelakon berusia 38 tahun itu berkata, jumlah berkenaan dicadangkan sendiri oleh Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof ketika prosiding terdahulu.
"Hari ini tiba-tiba nak diskaun, saya tak akan berganjak, demi anak-anak saya sanggup berjuang.
"Buat apa saya nak tarik balik saman terhadap Ira (nama sebenarnya Faghira Fatini), padahal itu yang saya perjuangkan selama ini," katanya.
Biarpun prosiding itu kelak akan berlanjutan sehingga 1,000 tahun, Puteri Sarah berkata, dia sekali-kali tidak akan menarik balik kes berkenaan.
Puteri Sarah berkata, bukan harta sepencarian yang diminta sebaliknya keadilan buat dua anaknya.
Bagaimanapun, dia berkata akan mempertimbangkan sebarang cadangan oleh suaminya itu, namun tidak akan menarik kesemua tuntutan berkenaan.
“Kes saya dan Syamsul dengan kes saya dan Ira adalah dua kes berbeza. Jadi tak boleh bercampur aduk,” katanya selepas prosiding permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa.
Dalam prosiding ini, pengarah berusia 39 tahun itu tidak melafazkan perceraian terhadap Puteri Sarah selepas terma-terma perceraian tidak mencapai persetujuan.
Wanita itu yang tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi dengan berpakaian serba putih, menggambarkan imejnya sebagai permulaan untuk kehidupan baharu kelak.
Sementara itu, Syamsul tiba di mahkamah dengan memakai jaket kelabu pada jam 9.50 pagi, enggan membuat sebarang kenyataan.
"Saya datang hanya mahu baca ikrar, kita tunggulah macam mana, selebihnya tiada komen," katanya.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga pasangan pelakon ini mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Puteri Sarah yang juga pelakon ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’, kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Antara alasan permohonan itu ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri mengikut hukum syarak.
Pada 7 Mac lalu, susulan keengganan Syamsul menceraikan Puteri Sarah, mahkamah memerintahkan mereka melantik wakil JKP.
Mahkamah kemudiannya, menetapkan prosiding itu pada Selasa, untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun, pada 10 April, mahkamah dimaklumkan bahawa, pasangan ini telah mencapai persetujuan untuk membubarkan perkahwinan secara baik.
Ia berdasarkan terma-terma penyelesaian yang dipersetujui antaranya hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 18 2023
Puteri Sarah juga tidak bersetuju apabila pengarah filem 'Mat Kilau' itu meminta nafkah dua anak mereka dikurangkan sebanyak 30 peratus. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Lelaki tembak tiga kanak-kanak, remaja didakwa cuba merompak
Seorang lelaki menembak tiga remaja yang didakwa cuba melakukan rompakan bersenjata pada malam Hari Krismas.
LHDN terima 114 juta rekod e-invois setakat 26 Dis
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 114 juta e-invois daripada 9,000 pembayar cukai setakat semalam.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
"Tahniah Syamsul akhirnya mengaku bernikah di Thailand" - Puteri Sarah
Puteri Sarah minta Syamsul tidak memutarbelitkan situasi dengan meletakkan kesalahan di atas bahunya.
Puteri Sarah, Syamsul Yusof dikurnia bayi lelaki, namakan Syaikhul Islam
Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi.