PENYANYI Nourul Wahab berkongsi pengalaman dirinya hampir tertipu oleh 'scammer' baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.

Menurut Nourul, dia telah dihubungi oleh pihak yang menyamar menjadi polis trafik dan meminta butiran peribadinya.

"Cara percakapan mereka memang sama dengan polis trafik, mereka minta nombor kad pengenalan saya untuk proses bayaran saman.

"Saya pun teringat di Malaysia ini banyak 'scammer', saya tidak memberi apa-apa maklumat dan terus ke balai polis trafik berhampiran.

"Pihak polis trafik menjelaskan bayaran saman akan dihantar hanya melalui surat dan tiada panggilan telefon yang akan dibuat, jadi kita harus peka dan berhati-hati mengenai perkara ini," katanya dalam video tersebut.

Ini pesanan khidmat masyarakat. Jangan tertipu dnegan scammer! Letak telefon kalau rasa yang bertanya itu tak Logic. Jangan beri detail peribadi melalui telefon! Hati hati wahai rakyat Malaysia #ishare #icare ini bukan iklan

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Selain itu, Nourul turut menasihati orang ramai untuk terus menghentikan perbualan telefon jika mereka dihubungi oleh pihak yang mencurigakan.