KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat kerugian RM406,400 selepas diperdaya dengan tawaran untuk mendapatkan darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan sebidang tanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pada 28 Mac lalu, lelaki berusia 33 tahun itu menerima panggilan daripada seorang individu yang memaklumkan bahawa kononnya pihak ístana' akan mengurniakan darjah Seri Utama Mahkota Wilayah dan sebidang tanah berkeluasan dua hektar.
Menurutnya, pada hari yang sama, mangsa yang terpedaya dengan 'tawaran' itu menyerahkan salinan maklumat serta butiran syarikat dan peribadi kepada individu tersebut di sebuah restoran di ibu negara.
"Pada 6 April lalu, pengadu diarahkan untuk memasukkan sejumlah RM9,400 ke dalam nombor akaun yang diberikan oleh suspek.
"Kemudian antara 30 April dan 17 Jun lalu, pengadu sekali lagi memasukkan RM247,000 ke atas satu lagi akaun lain menerusi empat transaksi dan wang tunai RM150,000 seperti yang diarahkan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mohd Mahidisham menambah, selepas bayaran itu dibuat, pengadu yang mengesyaki sesuatu kemudian membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ke atas akaun-akaun yang diberikan suspek berkenaan sebelum menyedari dirinya ditipu.
Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan, mangsa hanya berjumpa dengan suspek sekali sahaja.
"Kita yakin terdapat tiga individu yang terlibat dalam penipuan ini," ujarnya lagi.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam pada itu, Mohd Mahidisham menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan gelaran atau anugerah.
"Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang diberikan tanpa memeriksa transaksi pembayaran yang dibuat," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Sun Aug 29 2021

Mohd Mahidisham menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan gelaran atau anugerah. - Foto IPK Kuala Lumpur

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Pengarah syarikat rugi lebih RM400,000 diperdaya tawaran darjah 'Datuk Seri Utama'
Seorang pengarah syarikat kerugian RM406,400 selepas diperdaya dengan tawaran untuk mendapatkan darjah Seri Utama Mahkota Wilayah.