Pihak polis akan memanggil Datuk Farid Kamil bagi merakam semula keterangannya selepas dia membuat dakwaan terbaharu berhubung laporan yang dibuat sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya akan meneliti semua dakwaan yang dibuat dalam sidang media pelakon itu semalam.
“Beliau (Farid) tidak ada membuat laporan polis mengenai dakwaannya yang dibuatnya semalam. Kami akan meneliti semua dakwaannya dalam sidang media dan melakukan siasatan lanjut,
“Dakwaan terbarunya itu juga tidak menjejaskan siasatan terhadap laporan yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Farid Kamil dakwa dipukul 11 anggota polis dalam lokap
BACA: 'Lain yang dilapor, lain yang ditahan' - Farid Kamil dedah dua individu sebenar
Farid sebelum ini membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.
Susulan itu, polis memanggil pelakon KL Gangster, Sofi Jikan bagi membantu siasatan dan menahan reman pelakon berkenaan tiga hari kerana didapati positif dadah jenis ganja.
Malah penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj dan Ahmad Fairuz atau Osh daripada kumpulan Firdaus turut tampil memberi keterangan kerana mengganggap diri mereka dianiaya.
Hakim Rahman
Thu Mar 01 2018

Datuk Farid Kamil dalam sidang medianya mendakwa polis telah memanggil individu yang salah bagi membantu siasatan terhadap laporan yang dibuatnya

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Suami isteri didakwa aniaya anak lelaki hingga cedera
Mereka didakwa dengan sengaja menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Aniaya kanak-kanak Sindrom Down, pengasas Rumah Bonda didakwa lagi
Siti Bainun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Aniaya haiwan: Polis Kedah buka kertas siasatan
Polis terima dua laporan yang menyatakan tidak berpuas hati terhadap tindakan anggota MPKK terbabit yang dianggap kejam serta tidak berperikemanusiaan.

Bapa dipenjara dua tahun aniaya anak kandung hingga cedera
Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu ke atas G Viswanathan, 39, seorang pekerja swasta di Singapura, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah aniaya anjing
Tertuduh Krishnamurty Kumarasamy, 60 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Precilia Hemamalini.

Pengerusi My_CrimeWatch hadapi dua pertuduhan mahkamah berkaitan komunikasi palsu
Sanjeevan, 36, mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaluddin.

'Sekelip mata perasaan teruja nak beribadah hilang' - Noorkhiriah nyaris diperguna agensi umrah
"Memang saya rasa sangat bersalah kerana tawaran itu dilakukan hasil bayaran penuh daripada jemaah lain."

Polis akan panggil Farid Kamil
Pihak polis akan memanggil Datuk Farid Kamil bagi merakam semula keterangannya selepas dia membuat dakwaan terbaharu berhubung laporan yang dibuatnya sebelum ini.

Sudah lama berdiam, Farid kini sedia jawab apa saja
Pelbagai kontroversi yang selama ini dilontarkan ke wajah aktor terkenal Datuk Farid Kamil bakal terbongkar pada sidang media esok.