Pok Ya Cong Codei mengisahkan seorang samseng dari Kelantan yang ditugaskan mencari seorang ahli perniagaan wanita di Kuala Lumpur.
Watak Pok Ya yang dilakonkan sendiri oleh Sabri Yunus tidak semena-mena menjadi buah mulut dalam kalangan penggiat seni dan netizen.
Malah, demi mengiktiraf perjuangan Sabri Yunus mengangkat naskhah unik itu, fan page Facebook khas Pok Ya Cong Codei turut dicipta yang kini sudah mengumpul lebih 1,500 ahli.
"Saya tidak menyangka kewujudan group ini. Terima kasih atas sokongan," tulis Sabri menerusi Instagramnya.
Cong Codei sebenarnya merujuk kepada nama sebuah hotel terkenal di ibu kota iaitu Concorde yang disebut mengikut ejaan bahasa Melayu dengan cara melucukan oleh Sabri Yunus.
Video pendek itu juga mengundang ketawa netizen dan tular di Facebook dan Twitter.
Selain itu, sebuah lagu rap khas dihasilkan oleh netizen menggunakan dialek negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Beberapa dialog yang diucapkan oleh Sabri sepanjang telefilem itu juga turut viral.
Kemah pokya #PokYaCongCodei pic.twitter.com/ScgMCuAtDi
— Musang_berjanggut (@IZahAm_ziN) January 24, 2018
Duduk kuala lumpur 10 tahun doh, hotel cong codei pun x kenal.
— NorEtika (@EtikaSyahira) January 24, 2018
#PokYaCongCodei
Bini kalau kena culik,smpai ke hujung dunia kawe cari...Tapi kalau die lari dari kawe,duk nyorok belake umoh pun kawe dok sey cari..Cari bini baru lagi mudoh dari cari bini hok lari...