RUMAH tangga usahawan Datuk Red bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim berakhir dengan perceraian talak satu.
Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah melafazkan talak tersebut pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa.
Perceraian
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Berdasarkan dokumen yang dibacakan peguam Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan, Sharifah bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya.
Antara perjanjian yang dilakukan Sharifah atau Datin Red adalah tidak menuntut nafkah iddah dan mutah.
Bermaaf-maafan
Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaaf-maafan buat kali yang terakhir.
Datin Red juga memaklumkan dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.
Untuk rekod, Sharifah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atau nama sebenarnya suaminya Datuk Seri Adnan Abu pada penghujung Januari lalu.
Perkara tersebut diketahui umum apabila Sharifah memuat naik foto ketika dia berada di luar kamar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Selain Sharifah, isteri kedua kepada Datuk Red iaitu penyanyi Adira Suhaimi turut memfailkan penceraian pada 25 Oktober tahun lalu dan bercerai pada 24 April lalu. -Gempak
Gempak
Tue May 14 2024
Datuk Red (kanan) atau Datuk Seri Adnan Abu, 46, sah melafazkan talak tersebut pada jam 10.40 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada Selasa. -Gempak
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
'Saya tahu dia tidak sekejam itu' - Datin Red cerai tak tuntut nafkah, kekal hubungan baik
Dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Adira tetap dengan keputusan untuk berpisah dengan Datuk Red
"Apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang," kata Adira.
Live bersama Datuk Red, ibu Neelofa berjaya raih sales cecah RM100,000!
Selepas Jakel, usahawan Noor Kartini pula berkolaborasi dengan Datuk Red untuk bersiaran langsung bersama di Instagram.
Adira nekad berpisah, suami terpaksa reda
"Bukan dugaan tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu" - Datuk Red
8 tahun bermadu, Adira tenang jalani kehidupan berpoligami
Keutamaan kini hanya kepada anak-anak dan keharmonian keluarga dilindungi.
"Ibu kena samun tiada kena mengena dengan kemelut rumah tangga saya" - Adira
Adira Suhaimi menganggap insiden ibunya disamun di rumah sendiri pada pertengahan November lalu ada hikmahnya.
Adira fail cerai, suami bantah permohonan
Penyanyi terkenal, Adira Suhaimi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada Rabu