PENYANYI rap Takeoff dilaporkan mati ditembak di sebuah pusat boling, 810 Billiards and Bowling Alley di Houston, Amerika Syarikat pada Selasa.

Insiden tembakan itu menyebabkan pemilik nama sebenar Kirshnik Khari Bal tersebut meninggal dunia pada usia  28 tahun.

Menerusi laporan BBC, Takeoff mati setelah ditembak pada bahagian kepala sewaktu sedang bermain dadu bersama bapa saudara dan yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Migos, Quavo.

Pihak berkuasa melalui kenyataan yang dikeluarkan mengatakan terdapat sekitar 40 hingga 50 tetamu berada di tempat kejadian kerana menghadiri sebuah pesta sebelum seseorang melepaskan tembakan.

Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008. - AP

Selain Takeoff yang meninggal dunia dalam kejadian itu, terdapat dua orang lagi yang mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, merayu agar saksi tampil memberi kerjasama.

Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008.

Kemudian Migos meledak selepas mengeluarkan single Versace pada tahun 2013. Namun kumpulan yang cukup berpengaruh dalam kalangan generasinya itu dibubarkan pada tahun lalu.

Quavo dan Offset juga baru saja mengeluarkan projek bersama, Unc & Phew.

Berita kematian Offset membuat banyak karyawan seni Hollywood ikut mengucapkan takziah. -- Gempak