Penyanyi Natalie Cole, anak perempuan lagenda Nat 'King' Cole meninggal dunia pada usia 65 tahun pada malam sambutan ambang tahun baharu 2016.
Menurut keluarga mendiang, ikon jazz yang mewarisi bakat muzik mendiang bapanya meninggal dunia pada Khamis di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles berikutan masalah kesihatan yang berlarutan.
"Natalie bertarung dengan penyakitnya dengan maruah, kekuatan dan kehormatan.
"Ibu tercinta kami pastinya akan dirindui dan akan kekal mekar dalam hati kami buat selama-lamanya," kata anaknya, Robert Yancy ketika membacakan kenyataan keluarganya itu.
Cole sebelum ini pernah mengalami masalah ketagihan dadah dan hepatitis dan terpaksa menjalani pemindahan buah pinggang pada Mei 2009, lalu.
Kakak Cole, Carol "Cookie" Cole, meninggal dunia ketika beliau menerima pemindahan berkenaan. Adiknya, Nat Kelly Cole meninggal dunia pada tahun 1995.
Natalie mendapat inspirasi daripada bapanya pada usia yang muda untuk menjadi penyanyi dan melalui uji bakat untuk menyanyi bersama ayahnya ketika berusia 11 tahun.
Pada usia 15 tahun, bapanya meninggal dunia selepas menderita akibat kanser paru-paru pada tahun 1965.
Selepas berkecimpung dalam bidang nyanyian sebagai penghibur RB, Natalie mula berjinak-jinak dengan genre pop dan jazz.
Kejayaan terbesar Natalie adalah pada tahun 1991 apabila beliau menghasilkan album berjudul "Unforgettable ... With Love" yang ditujukan khas untuk bapanya. Album itu turut menampilkan lagu-lagu terbaik Nat King Cole termasuk "That Sunday That Summer," ''Too Young" and "Mona Lisa."
Album berkenaan berjaya dijual sebanyak 14 juta unit dan meraih sebanyak enam anugerah Grammy, termasuk anugerah album terbaik sepanjang tahun dan lagu terbaik sepanjang tahun.
Ketika penghasilan album berkenaan, Natalie dalam satu temuramah dengan The Associated Press pada tahun 1991 berkata, "saya tepaksa membuang segala unsur R&B yang telah dipelajari. Bersamanya (Nat King Cole), muzik hanyalah latar belakang dan suara yang akan menonjol di hadapan.
Natalie juga pernah dicalonkan untuk anugerah Emmy pada tahun 1992 bagi satu persembahan memperingati ayahnya di kaca televisyen.
Album pertama Natalie, "Inseparable" dilancarkan pada tahun 1975. Industri muzik Amerika menyambut baik kehadiran album itu dengan dua anugerah Grammy untuk Artis Baru Terbaik dan Artis Wanita R&B Terbaik menerusi lagu "This Will Be (An Everlasting Love)."
Beliau juga pernah menceburi bidang lakonan menerusi penampilannya dalam drama TV bersiri, "Touched by an Angel" dan "Grey's Anatomy".
Agensi
Sat Jan 02 2016
![Penyanyi Natalie Cole meninggal dunia Penyanyi Natalie Cole meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451696463_NatalieColeObit.jpg)
Menurut keluarga mendiang, ikon jazz Natalie Cole meninggal pada Khamis di Cedars-Sinai Medical Center di Los Angeles berikutan komplikasi masalah kesihatan yang berterusan. - Foto AP/ Victoria Will
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pemain 'drum' terkenal Lewis Pragasam meninggal dunia kerana serangan jantung Pemain 'drum' terkenal Lewis Pragasam meninggal dunia kerana serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702872702_TBLewisPragasam.jpg)
Pemain 'drum' terkenal Lewis Pragasam meninggal dunia kerana serangan jantung
Pemain drum terkenal negara dan Asia Lewis Pragasam, meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.
![#AWANITA: 'Didik masyarakat hargai kepelbagaian muzik' - Njwa #AWANITA: 'Didik masyarakat hargai kepelbagaian muzik' - Njwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552024871_NAJWA.jpg)
#AWANITA: 'Didik masyarakat hargai kepelbagaian muzik' - Njwa
Lebih dikenali dengan genre jazz dan R&B, Njwa yakin usaha mendidik masyarakat untuk menghargai kepelbagaian muzik adalah satu proses berterusan.
![BBC Proms 2018 mula bergema di Royal Albert Hall BBC Proms 2018 mula bergema di Royal Albert Hall](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531553465_PROM.jpg)
BBC Proms 2018 mula bergema di Royal Albert Hall
Festival muzik tahunan terbesar di dunia, BBC Proms 2018 mula bergema menggegarkan Royal Albert Hall (RAH) London pada Jumaat.
![Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505534415_atiliaaa_1.jpg)
Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia
Menurut Atilia, pelapis baharu zaman sekarang lebih cenderong ke arah jenis muzik moden yang lebih progresif.
![World Youth Jazz Festival 2017 bermula Jumaat ini World Youth Jazz Festival 2017 bermula Jumaat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/71493726004_worldyouthjazzfes.jpg)
World Youth Jazz Festival 2017 bermula Jumaat ini
Festival Jazz Belia Sedunia (WYJF) 2017 siap sedia untuk memukau pelancong dan penduduk bandar raya bila memulakan persembahan Jumaat ini di TREC Kuala Lumpur.
![Penyanyi Natalie Cole meninggal dunia Penyanyi Natalie Cole meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451696463_NatalieColeObit.jpg)
Penyanyi Natalie Cole meninggal dunia
Penyanyi Natalie Cole, yang juga merupakan anak perempuan lagenda jazz, Nat 'King' Cole meninggal pada usia 65 tahun pada malam sambutan ambang tahun baharu 2016 di sebuah hospital di Los Angeles.
![Bintang jazz muda Indonesia, Joey Alexander, tercalon anugerah Grammy Bintang jazz muda Indonesia, Joey Alexander, tercalon anugerah Grammy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/81449913521_JoeyAlexander.jpg)
Bintang jazz muda Indonesia, Joey Alexander, tercalon anugerah Grammy
Pemain piano berbakat, Joey Alexander telah menjadi ahli muzik Indonesia yang pertama tercalon dalam anugerah Grammy 2015.
![Beg udara: Honda Malaysia panggil semula 87,182 unit kenderaannya Beg udara: Honda Malaysia panggil semula 87,182 unit kenderaannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71429018350_295x200.jpg)
Beg udara: Honda Malaysia panggil semula 87,182 unit kenderaannya
Langkah tersebut adalah perlu untuk menggantikan inflator beg udara pemandu dan penumpang dengan set yang baharu bagi semua model kenderaan terlibat.