PEMAIN piano berbakat, Joey Alexander telah menjadi ahli muzik Indonesia yang pertama tercalon dalam anugerah Grammy, anugerah industri muzik paling berprestij yang disampaikan oleh National Academy of Recording Arts and Sciences.
Dilahirkan di Denpasar pada tahun 2003, Joey telah dicalonkan untuk dua kategori pada anugerah Grammy ke-58. Single beliau yang berjudul Giant Steps dicalonkan untuk Persembahan Jazz Solo Spontan Terbaik dan album beliau, My Favorite Things bertanding dalam kategori Album Instrumental Jazz Terbaik.
Joey bukan sahaja warga Indonesia pertama yang dicalonkan dalam Grammy, malah beliau juga merupakan calon termuda dalam sejarah bagi kategori jazz.
Menurut laman sesawang rasmi beliau, Joey mula bermain piano sejak berusia enam tahun. Bapanya, seorang pemuzik amatur, memperkenalkan beliau dengan alat muzik dan menyuburkan bakat spontan beliau dalam jazz melalui rakaman jazz klasik yang sentiasa diperdengar.
Joey juga sentiasa dibawa untuk bermain muzik di Bali dan Jakarta.
Joey tidak pernah menerima pendidikan rasmi dalam irama jazz sebaliknya menajamkan kemahiran melalui muzik kegemaran yang selalu didengar. Beliau dipengaruhi pemuzik jazz seperti Duke Ellington, Thelonious Monk, John Coltrane, dan Bill Evans. Pemain trumpet seperti Clofford Brown, Lee Morgan, Miles Davis, dan Wynton Marsalis.
Pada usia muda, beliau telah dijemput untuk membuat persembahan di beberapa festival jazz berprestij termasuklah Festivall Jazz Rochester, Festival Jazz Newport, dan di persidangan TED.
Anugerah Grammy ke-58 akan berlangsung pada 12 Februari 2016 di Staples Center, Los Angeles.
Nizam Bakeri
Sat Dec 12 2015

Pemain piano berbakat, Joey Alexander telah menjadi ahli muzik Indonesia yang pertama tercalon dalam anugerah Grammy 2015.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.

Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.

Jungkook BTS positif COVID-19 sebaik tiba di Amerika untuk hadiri Grammy
Jungkook mengalami gejala sakit tekak sebaik tiba di Las Vegas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Adele kongsi wajah terbaharu
Sebelum ini, Adele lebih banyak berdiam diri dan tidak aktif di media sosial dengan kali terakhir berkongsi status pada Januari lepas.

Penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia demi masa depan industri muzik tempatan - Saifuddin
Kertas kerja tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Kabinet dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan.

Anugerah Grammy 2021 ditangguh ekoran COVID-19
Berita itu disahkan penganjur yang memaklumkan bahawa anugerah itu akan dianjak ke satu tarikh lain.

Billie Eilish penyanyi lagu tema Bond paling muda
Billie bakal memulakan konsert jelajah di serata dunia pada Mac yang cukup dinantikan dengan kesemua tiket habis dijual hanya satu jam selepas ia dilancarkan.

Billie Eilish lakar sejarah jadi pemenang Album Terbaik Grammy termuda
Billie Eilish lakar sejarah menjadi pemenang termuda bagi Anugerah Grammy dalam kategori Album Terbaik.

'Mamba Forever' - Kobe Bryant ibarat adik - Michael Jordan
Kata Michael Jordan dalam satu kenyataan, Kobe diibaratkan sebagai seorang adik kepadanya.