PENYANYI popular, Beyoncé mencipta sejarah apabila berjaya memecah rekod individu paling banyak menerima pengiktirafan Anugerah Grammy sepanjang zaman.
Dengan 32 kemenangannya malam ini -- dalam kategori Rakaman Muzik Tarian/Elektronik, Persembahan R&B Tradisional, Lagu R&B Terbaik dan Album Muzik Tarian/Elektronik -- Beyonce telah mengatasi pencapaian mendiang Georg Solti yang memenangi 31 Grammy.
Sebelum ini, Beyoncé telah meraih 28 anugerah Grammy, dengan kedudukan yang membuatkan beliau menyamai rekod penerbit dan pemuzik Quincy Jones.
Beyoncé juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65 dengan sembilan pencalonan.
Bukan itu saja, dia juga menyamai jumlah pencalonan sepanjang zaman bersama suaminya Jay-Z dengan 88 pencalonan.
Selain itu, album Beyoncé berjudul "Renaissance" tercalon untuk kategori Album Terbaik, dan single utamanya "Break My Soul" turut dicalonkan bagi kategori Lagu Terbaik dan Rakaman Terbaik.
Sementara itu, penyanyi Harry Styles juga dinobatkan pemenang kategori Album Vokal Pop Terbaik menerusi album Harry's House.
Bekas anggota kumpulan One Direction itu berjaya menyaingi kumpulan ABBA ( Voyage), penyanyi Adele (30), Coldplay (Music of the Spheres), dan Lizzo (Special).
Afiq Ariffin
Mon Feb 06 2023
Beyonce cipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod bagi individu paling banyak menerima pengiktirafan kemenangan Anugerah Grammy sepanjang zaman. -AP
Sheikh Al-Azhar tamatkan lawatan khas di Malaysia
Sheikh Al-Azhar hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.
Analisis pasaran saham separuh tahun kedua 2024
Apakah rumusan prestasi pasaran saham pada separuh tahun pertama 2024 dan apakah faktor-faktor yang akan menjadi perhatian pelabur dalam pasaran saham separuh tahun kedua 2024? Kupasan lanjut bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof.
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
Malaysia Digital (MD): Advancing Malaysia’s Digital Future
Explore the impact of the recent MD Open Day event and its key insights. Discover how it aligns with Malaysia’s growth strategy and benefits both businesses and the public. Join us for an exclusive live interview with Ts Mahadhir Aziz, CEO of MDEC, on Niaga AWANI.
Akta Audit: Tingkat ketelusan & kecekapan tadbir urus
Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan RUU Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain. Adakah ini memadai? Apa lagi tambah baik yang perlu dilakukan?
Laporan PAC: Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Lebih 20 subkontraktor Lebuhraya DASH lantik peguam tuntut bayaran tertunggak RM100 juta dari Prolintas
Menurut Tetuan Thomas Philip, walaupun lebuh raya itu telah dibuka kepada orang ramai, banyak subkontraktor masih tidak dibayar atas kerja mereka.
AWANI Pagi: Berhadapan individu narsistik? Apa perlu saya buat
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
Beyonce pecah rekod menang anugerah Grammy paling banyak
Beliau juga merupakan artis yang menerima pencalonan paling banyak pada Anugerah Grammy ke-65, dengan sembilan pencalonan.
Hotel mewah Dubai bayar Beyonce RM111 juta, bagi tetamu sikat salut emas
Sebuah hotel terlajak mewah di Dubai, Atlantis The Royal baru dilancarkan dengan penuh gilang gemilang.
Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.
Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu
Dalam lagu Partition nama Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.
Beyonce sertai TikTok, janjikan lebih banyak karya
Keseluruhan katalog muziknya kini tersedia kepada pengguna TikTok untuk digunakan dalam kandungan mereka.
Pereka fesyen Thierry Mugler meninggal dunia
Mugler mula berjinak dalam arena rekaan fesyen pada era 1970-an dan mula dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang dramatik.
I Can't Breathe dinobat Lagu Terbaik Anugerah Grammy ke-63... ini senarai penuh pemenang
Anugerah Grammy Ke-63 berlangsung dalam suasana norma baharu dan disiarkan secara maya
Taylor Swift, Beyonce lakar sejarah di Anugerah Grammy 2021
Taylor Swift menang Album Terbaik menjadikan Swift penyanyi wanita pertama yang menang kategori itu sebanyak tiga kali.
Beyonce terima pencalonan Grammy terbanyak, termasuk 'Record of the Year'
Pencalonan Beyonce itu adalah menerusi lagu 'Black Parade' dari album 'The Lion King: The Gift' yang ditujukan kepada komuniti kulit hitam.
Anugerah Grammy 2021 ditangguh ekoran COVID-19
Berita itu disahkan penganjur yang memaklumkan bahawa anugerah itu akan dianjak ke satu tarikh lain.