PENYANYI veteran Indonesia yang terkenal dengan lagu “Poco-Poco”, Yopie Latul dilapor meninggal dunia pada usia 65 tahun akibat COVID-19 pada Rabu.
Portal berita Kompas.com melaporkan penyanyi senior itu meninggal dunia pada 4.02 petang Rabu selepas dikejarkan ke Hospital Sentra Medika dekat Jawa Barat pada Isnin lalu.
Rakan Yopie yang juga penyanyi Andre Hehanussa ketika dihubungi portal berita itu mengesahkan berita berkenaan.
Jelasnya, Yopie tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 dan turut memberitahu bahawa Yopie berkemungkinan terkena jangkitan virus itu ketika membuat persembahan di majlis sambutan Hari Kemerdekaan di Bogor bersama ahli kumpulannya.
Difahamkan, jenazah Yopie dikebumikan di Jakarta hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mangsa meninggal dunia akibat COVID-19.
Yopie, 65, dilahirkan di Maluku pada 7 September 1955 memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1982.
Beliau dikenali sebagai penyanyi asal Maluku yang mempopularkan lagu Poco-Poco.
Lagu tersebut dicipta pada 1993 dan merupakan ciptaan Ferry Sapulette.
Disebabkan rentak irama lagunya yang rancak, lagu tersebut juga popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan Indonesia serta digunakan dalam aktiviti riadah aerobik.
Dalam pada itu, salah seorang penyanyi yang turut berada di majlis sama, Ruth Sahanaya, turut memberitahu bahawa dia dan keluarganya sudah melakukan ujian saringan swab dan rapid test.
"Hari ini saya telah melakukan swab test juga rapid test. Dan Segala Puji Bagi Tuhan hasilnya negatif.
"Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk perhatian dan rasa ambil berat para peminat terhadap saya," ujarnya.
Afiq Ariffin
Sun Sep 13 2020
Jenazah Yopie dikebumikan di Jakarta hari ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mangsa meninggal dunia akibat COVID-19. -Foto Instagram
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Penyanyi lagu 'Poco-Poco' Yopie Latul meninggal dunia akibat COVID-19
Penyanyi senior itu meninggal dunia pada 4.02 petang Rabu, selepas dikejarkan ke Hospital Sentra Medika.