KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim kini ditidurkan selepas dilaporkan pengsan pagi tadi dan kini sedang dirawat di Hospital Port Dickson.
Isterinya Sarimah Sulaiman yang dihubungi Astro AWANI mengesahkan berita itu dan memohon doa daripada semua agar kesihatan suaminya pulih seperti sedia kala.
“Saya baru sampai rumah…belum sempat melawat kerana dia baru sahaja ditidurkan.
“Suami saya pitam ketika di rumah. Kemudian saya menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke hospital selepas itu.
“Bila tiba di hospital, dia pengsan tiga kali bermula jam 10.30 pagi kemudian selang 10 minit kemudian, dia pengsan semula,” katanya.
Tambah Sarimah, Ibnor, 62, baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dua hari lalu selepas menerima rawatan di sana.
Dalam hantaran berbeza, anaknya Putri Norizah berkongsi berita mengenai situasi bapanya.
"Mohon jasa baik semua untuk mendoakan kesembuhan ayah saya, Ibnor Riza Ibrahim yang kini baru saja ditidurkan.
"Ya Allah, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau zat yang maha menyembuhkan.
"Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain," tulisnya.
Terdahulu, sahabat Ibnor yang juga penyanyi Haiza memaklumkan penyanyi Mimpi Yang Tak Sudah itu sebelum ini tidak boleh bercakap.
“Mula-mula dia tak boleh bercakap. Kemudian di leher macam ada bengkak,” jawabnya ringkas menerusi WhatsApp.
Pertengahan Januari lalu, Ibnor Riza dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sesak nafas dan hampir pitam.
Selain sesak nafas, penyanyi itu juga mengalami tekanan darah rendah, tiada selera makan dan beberapa gejala lain.
Faida Rahim
Sun Feb 19 2023
Ibnor baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dua hari lalu selepas menerima rawatan di sana.- Fail/Gempak
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Rogol anak hingga lahirkan bayi, bapa durjana dipenjara 20 tahun, 5 sebatan
Hakim, Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman terbabit terhadap tertuduh yang berusia 44 tahun selepas menerima pengakuan bersalahnya atas pertuduhan dibacakan.
Ambulans dalam perjalanan ambil pesakit terlibat kemalangan
Sebuah ambulans yang dalam perjalanan mengambil pesakit di sebuah rumah, terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Perodua Kancil dalam kejadian di KM 6.6 Jalan Pantai, Port Dickson.
Penyanyi Ibnor Riza ditidurkan selepas pengsan tiga kali
Penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza Ibrahim kini ditidurkan selepas dilaporkan pengsan pagi tadi dan kini sedang dirawat di Hospital Port Dickson.
Tiga maut, tiga lagi parah nahas dua kenderaan di lebuh raya SPDH
Tiga individu termasuk seorang remaja maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 20.8 Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).
Ambulans disyaki alami kebocoran gas dihantar ke JKR, henti operasi serta-merta
Kenderaan tersebut juga tidak dibenarkan beroperasi serta-merta.
Dua maut, seorang parah selepas tercampak keluar dari kenderaan di Port Dickson
Sepasang suami isteri maut manakala anak saudara perempuan mereka cedera parah selepas kesemua mereka tercampak keluar dari kenderaan jenis Honda HRV yang dinaiki dalam kemalangan di Port Dickson.
Tular dua individu positif COVID-19 lari dari Hospital Port Dickson tidak benar - Polis
Berita dua individu yang dikatakan positif COVID-19 melarikan diri dari Hospital Port Dickson seperti yang tular di media sosial sejak semalam adalah tidak benar.
Keracunan racun serangga: Enam murid dibenarkan pulang, seorang masih dipantau
Beliau berkata sehingga tengah hari ini, hanya seorang murid sahaja yang masih ditempatkan di hospital berkenaan bagi pemantauan sehingga pulih dan dijangka pulang petang ini.
13 pelajar SK Linggi dikejarkan ke hospital disyaki keracunan racun serangga
Dianggarkan seramai 40 pelajar terlibat namun hanya 13 mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.
Pembinaan Hard Rock Cafe, hotel di PD diteruskan - Anwar
Projek pembinaan Hard Rock Cafe dan Hard Rock Hotel akan diteruskan dan pembinaannya dijangka akan bermula dalam tahun ini, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.