Penyajak terkenal Jepun, Toyo Shibata yang mula menulis pada usia 92 tahun dan hampir 1.6 maskah antologi pertamanya dijual, telah meninggal dunia pada hari Ahad pada usia 101 tahun.

Menurut anak sulungnya, Kenichi Shibata, ibunya meninggal dunia di sebuah rumah penjagaan orang tua berdekatan kediamannya di Utsonomiya, utara Tokyo.

Beliau telah ditempatkan di rumah penjagaan itu setelah kesihatannya beransur teruk semenjak sebulan lalu.

“Beliau begitu damai dan tidak berada dalam kesakitan ketika menghembuskan nafas terakhirnya,” kata anaknya yang berumur 67 tahun itu kepada AFP.

“Beliau meneruskan penulisan puisinya sehingga umurnya mencapai 100 tahun. Namun, semenjak setahun setengah yang lalu, beliau memerlukan bantuan untuk berjalan walaupun masih berada dalam keadaan bertenaga,”

Selepas kematian suaminya yang juga seorang tukang masak, anak Shibata menggalakkan beliau untuk menulis puisi.

Antologi pertamanya berjudul “Kujikenaide” (Don’t Lose Heart) telah dicetaknya sendiri pada 2009 and memenangi pujian berikutan pendekatan jenakanyanya termasuk sikap pandang ke hadapan beliau.

Bukunya itu telah diulang cetak pada 2010 oleh sebuah syarikat penerbitan Asaka Shinsha dengan banyak unur-unsur kesenian termasuk tambahan rangkap puisi yang menjadikan keseluruhannya sebanyak 42 puisi.

Ianya telah terjual sebanyak 1.58 naskah di negaranya dimana kejayaan penghasilan puisi dianggap berjaya apabila berjaya dijual sebanyak 10,000 naskah.

Menurut jurucakap syarikat penerbitan itu, Asako Igarashi. buku itu turut dicetak dengan terjemahan di Korea Selatan, Taiwan, Belanda, Itali dan Jerman.

Malah terdapat juga rancangan unutk menerbitkannya di China dan Britain.