KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul akan mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun selama lima hari bermula Isnin ini (3 Jun).
Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat menerusi kenyataan semalam memaklumkan lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
"Lawatan rasmi ini disasarkan untuk memperkukuh hubungan antara Parlimen Malaysia dengan Parlimen Jepun susulan peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
"Lanjutan itu, lawatan rasmi ini menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama ASEAN-Jepun dalam pelbagai bidang khususnya pertukaran kepakaran dalam keterjaminan makanan, perubahan iklim dan pembangunan mampan menjelang kepengerusian Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) pada 2025," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut delegasi Malaysia turut disertai Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Sin, Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol).
Pada lawatan rasmi itu, Johari dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Kaunselor Jepun Hidehisa Otsuji pada 4 Jun.
Beliau turut dijadual bertemu Menteri Transformasi Digital Jepun untuk memperkukuh kerjasama dua hala antara institusi legislatif dengan eksekutif dalam penggubalan undang-undang kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.
Johari juga akan mengadakan perjumpaan dengan mahasiswa Malaysia di Jepun serta mahasiswa Jepun dari Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam isu berkepentingan mahasiswa, ketatanegaraan dan pembangunan kepimpinan belia.
Lawatan rasmi itu juga dijangka memperkukuh kerjasama Malaysia-Jepun dalam bidang pertanian mampan melalui lawatan ke Pusat Kajian Antarabangsa Sains Pertanian Jepun (JIRCAS), selain meneroka peluang penyelidikan dan inovasi dalam bidang rawatan kanser menerusi lawatan ke Osaka Heavy Ion Therapy Centre di Osaka.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
Pada lawatan rasmi itu, Johari (gambar) dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Kaunselor Jepun Hidehisa Otsuji pada 4 Jun dan turut bertemu Menteri Transformasi Digital Jepun. - Gambar fail/BERNAMA
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.