TOKYO: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah diberi penghormatan apabila diperkenal oleh rakan sejawatnya dari Jepun iaitu Fukushiro Nukaga semasa sesi pleno Dewan Perwakilan di Parlimen Jepun di sini hari ini.
Nukaga yang mempengerusikan sesi itu, mengalu-alukan ketibaan Johari dan delegasi Parlimen Malaysia dengan disusuli tepukan gemuruh.
Terdahulu, Johari mengadakan kunjungan hormat ke atas Nukaga dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu membabitkan Parlimen kedua-dua negara.
Semasa lawatan itu, Johari berkata Parlimen Malaysia berharap untuk menimba lebih banyak ilmu daripada Jepun bagi mewujudkan Parlimen bertaraf dunia yang meningkatkan kapasiti Ahli Parlimen dan kakitangannya.
Beliau berkata pertukara antara Parlimen itu akan menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi berkenaan.
Johari turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Kaunselor Jepun iaitu Otsuji Hidehisa.
Pada pertemuan dengan Johari, Nukaga dan Hidehisa mengulangi komitmen masing-masing untuk memperkukuh kerjasama ASEAN-Jepun yang berkembang pesat sejak dialog antara kedua-dua pihak diadakan pada 1973.
Perbincangan juga memfokus kepada isu keterjaminan makanan, tenaga boleh diperbaharui dan isu kritikal membabitkan kedua-dua pihak.
Mereka turut membincangkan potensi projek usaha sama yang memanfaatkan teknologi inovatif untuk mempromosikan penyelesaian tenaga mampan di seluruh ASEAN dan Jepun.
Ketiga-tiga pemimpin juga sepakat dengan keperluan membangunkan strategi yang mantap untuk meningkatkan keterjaminan serta daya tahan makanan sekali gus memastikan ASEAN dan Jepun mampu membantu rakyat masing-masing secara mampan.
Jepun menzahirkan sokongan padu terhadap kesemua inisiatif dan mengulangi komitmen negara itu untuk menjalin kerjasama rapat dengan ASEAN bagi menangani cabaran bersama ini.
Johari mengetuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke Negara Matahari Terbit yang bermula semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah diberi penghormatan apabila diperkenal oleh rakan sejawatnya dari Jepun iaitu Fukushiro Nukaga semasa sesi pleno Dewan Perwakilan di Parlimen Jepun. - BERNAMA
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Naik taraf Terminal 1 Seremban pemangkin sosioekonomi pusat bandar
Terminal 1 akan muncul dengan wajah baharu lebih moden bakal menjadi pemangkin kepada perkembangan sosioekonomi di pusat bandar Seremban.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan
Sungai Yamuna di India, salah satu sungai yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu, terus dicemari dengan buih toksik yang timbul di permukaannya.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Legenda musik antarabangsa, Quincy Jones meninggal dunia
Legenda musik Amerika Syarikat, Quincy Jones, 91, dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad.
Menurut pegawai publisitinya, Arnold Robinson, Quincy yang lebih dikenali sebagai meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles.
Menurut pegawai publisitinya, Arnold Robinson, Quincy yang lebih dikenali sebagai meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles.
36 maut dalam nahas bas di negeri Uttarakhand, India
Bas itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam di kawasan Marchula, Daerah Almora, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Dehradun
Kebisuan PBB menambah derita rakyat Palestin - Hamid Albar
Kekejaman Israel membunuh puluhan ribu rakyat Palestin cukup kejam dan ia lebih jijik apabila mereka dengan bangganya meraikan setiap nyawa yang diragut.
Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan kezaliman mereka seperti tiada penghujung apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak walaupun Israel jelas melanggar perundangan antarabangsa.
Bekas Menteri Luar Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan kezaliman mereka seperti tiada penghujung apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal bertindak walaupun Israel jelas melanggar perundangan antarabangsa.
Dukung semangat ASEAN untuk bina persekitaran daya saing positif - Johari
Hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Vietnam khususnya dalam perdagangan penting sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.
Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
Belanjawan 2025: Fokus bincang hal ehwal rakyat, bukan berpolitik - Johari
Beliau menyeru Ahli Parlimen meninggalkan sentimen politik di luar dewan agar persidangan berjalan lancar pada pembentangan Belanjawan 2025.
Pahang mempunyai potensi lahirkan pemimpin berkaliber
Ia bersandarkan kepada pelbagai insentif dan dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri Pahang termasuk program Akademi Menara Gading.
Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari
Johari tidak menolak kemungkinan Bersatu mencabar keputusannya tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dengan membawa perkara itu ke mahkamah.
Hasil lawatan kerja Johari dibawa ke Persidangan Speaker Parlimen dan DUN bulan depan
Johari berkata lawatan kerja itu bertujuan untuk berkongsi pertukaran ilmu dan pengalaman dalam kalangan Yang Dipertua Dewan.
Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.