KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa semua agensi penguatkuasa menggembleng usaha menangani isu cetak rompak dengan lebih agresif.
Presidennya, Rozaidi Jamil berkata penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.
"Apabila cetak rompak berlaku, mereka (penggiat seni) akan rasa marah sebab hasil usaha mereka dalam industri seni ini bukan perkara yang mudah.
"Perjuangan mereka untuk industri seni, sama ada pembuat filem dan muzik sebagainya bukan satu perkara yang mudah.
"Apa yang boleh kita sarankan sebagai persatuan adalah mencadangkan supaya pihak penguatkuasa yang terlibat dalam cetak rompak ini untuk lebih agresif bagi menangani masalah ini dan perlu pertambahan aggota," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau yang dikenali sebagai Zed Zaidi berkata, isu cetak rompak dalam talian yang semakin meruncing telah menyebabkan kutipan royalti semakin berkurang sekali gus menjejaskan ekosistem industri seni negara.
"Penguatkuasaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi cetak rompak secara digital dan kerugian dalam industri akan berkurangan.
"Ini akan melibatkan ekosistem industri di mana apabila cetak rompak dikurangkan, royalti kepada industri dapat ditingkatkan.
"Ini yang harus kita tekankan supaya kita dapat membela penggiat-penggiat seni yang berjuang bermati-matian untuk sesuap nasi melalui filem, muzik dan sebagainya dan ini perlu dipandang penting oleh kerajaan," katanya.
Ujarnya, Seniman sentiasa bersedia untuk terus bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan masalah ini ditangani secara holistik.
** Astro AWANI kini dalam usaha membantu industri seni tanah air membanteras cetak rompak menerusi kempen #NoToLanun. Berikan pandangan anda menggunakan tanda pagar #NoToLanun & #StopPiracyLah jika anda ingin bersama-sama membantu menyelamatkan industri seni tempatan.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Feb 28 2021

Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius. - Foto facebook.com/ZedZaidiOfficial

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

Penguatkuasa perlu agresif tawan 'lanun', kami dah separuh mati - Seniman
Penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.

Sebar berita palsu koronavirus, Zed Zaidi dipanggil beri keterangan
Zed Zaidi hari ini hadir memberi keterangan lebih dua jam di SKMM berhubung tindakannya berkongsi berita palsu tentang jangkitam novel koronavirus.

'Stand Up Comedy Otai' hiburkan malam minggu anda, angkat martabat artis veteran
Astro kembali dengan program sulung 'Stand Up Comedy Otai' - sebuah program yang mengangkat semula kegemilangan artis veteran tanah air.

Zed Zaidi kekal presiden Seniman
Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2019-2022 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Sen

Seniman tidak setuju bawa BTS ke Malaysia
Seniman memohon agar Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq dan Perbadanan Stadium Malaysia mempertimbangkan semula hasrat untuk membawa BTS ke Malaysia pada 2020.

'Saleem masih dirawat' - Seniman nafi berita palsu kematian penyanyi Iklim
Saleem masih dirawat di Hospital Kajang dan berada di bawah pemantauan rapi.

Diburu Ah Long, 300 penggiat seni tempatan minta bantuan - Presiden Seniman
Kira-kira 300 penggiat seni di negara ini sedang dikejar Ah Long.

Seniman mahu pelawak Singapura Fakkah Fuzz dihalang masuk Malaysia
Persatuan Seniman Malaysia membuat laporan polis ke atas pelawak Singapura Fakkah Fuzz yang mempersendakan Perdana Menteri Malaysia.

Kemelut Persatuan Seniman
Kemelut ahli-ahli Seniman di antara presiden persatuan Zed Zaidi dan aktres Vanidah Imran yang baharu dilantik sebagai bendahari persatuan artis tersebut.

Zed Zaidi pertahan polisi kemasukan artis luar
Semenjak Zed Zaidi memegang tampuk pentadbiran "Persatuan Seniman Malaysia" pelbagai isu berkenaan kemasukan artis luar dibangkitkan.