LEGENDA filem India, Rajnikanth sepatutnya membuat sebahagian penggambaran filem terbaharunya “Kabali” di Malaysia.
Namun, baru-baru ini, timbul desas-desus berhubung kelewatan dan perubahan dalam jadual penggambaran.
Pasukan penggambaran “Kabali” berkemungkinan besar singgah ke Malaysia, tetapi dipercayai peruntukan masa mereka di sini telah dikurangkan separuh.
Menurut International Business Times edisi September, filem itu hanya akan dirakam di negara kita dalam tempoh sebulan.
Sebaliknya, sebuah set "menyerupai beberapa latar belakang Malaysia" sedang dibina.
Perkara ini disahkan oleh India Express yang mendedahkan bahawa filem “Kabali” akan dirakam di Malaysia dari 19 Oktober hingga 19 November, manakala bakinya akan dilakukan di Adityaram Studios dan EVP World, Chennai.
YSCFN melaporkan bahawa jadual asal memerlukan tempoh penggambaran selama tiga bulan di Malaysia, namun faktor keselamatan dan peraturan membabitkan penggambaran di luar negara menjadi faktor kepada keputusan itu.
Bagaimanapun, Rabu lepas, Indiaglitz menyebut bahawa sebuah set sedang dibina di Chennai untuk penggambaran filem di sana, menangguhkan lagi proses rakaman “Kabali” di Malaysia.
“Kabali” merupakan filem Rajnikanth ke-159. Di dalam filem itu, beliau memegang watak ahli akademik, dilapor berdasarkan kepada figura sebenar.
Untuk filem ini, beliau memilih menggunakan pasukan penggambaran sama dalam pembikinan filem Tamil “Madras.”
Pasukan itu termasuk pengarah Pa Ranjith, beberapa pelakon dan kru teknikal.
New Indian Express turut melaporkan bahawa pasukan penggambaran Kabali terdiri daripada bakat-bakat muda.
Sebelum pembikinan filem ini, Rajnikanth sering bekerjasama dengan pengarah yang sudah mencipta nama.
Penggambaran bermula September di Pusat Kebudayaan dan Sains Rusia di Chennai.
“Kabali” dijangka mula ditayangkan pada April tahun depan.
Daily Seni
Sat Oct 17 2015

Pasukan penggambaran Kabali berkemungkinan besar singgah ke Malaysia, tetapi dipercayai peruntukan masa di sini telah dikurangkan separuh.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penggambaran filem Rajnikanth di Malaysia ditangguh, diganti dengan set studio
Pasukan penggambaran Kabali berkemungkinan besar singgah ke Malaysia, tetapi dipercayai peruntukan masa mereka di sini telah dikurangkan separuh.