KUMPULAN K-Pop terkenal, BTS dilaporkan mengalami kemalangan jalan raya selepas tamat konsert di Taiwan pada Ahad.
Berita itu mengundang rasa cemas di kalangan peminat yang berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun menurut kenyataan rasmi wakil syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertaiment memberitahu ia hanya kemalangan kecil dan BTS berada dalam keadaan selamat.
“Kejadian berlaku ketika BTS dalam perjalanan pulang ke hotel selepas selesai mengadakan konsert di Taiwan.
“Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang dinaiki BTS terlibat dengan kemalangan.
“Bagaimanapun tiada anggota BTS yang mengalami cedera dan mereka kemudiannya dibawa pulang ke hotel dengan selamat,” jelas wakil tersebut.
Difahamkan selain kenderaan yang dinaiki BTS, kemalangan terbabit juga melibatkan beberapa buah kereta dan teksi.
Terdahulu, BTS baru sahaja selesai mengadakan siri jelajah konsert ‘Love Yourself’ di Taoyuan, Taiwan pada Sabtu dan Ahad.
Dalam perkembangan terbaru, BTS akan membuat persembahan di anugerah Mnet Asian Music Award 2018 (MAMA 2018) yang bakal berlangsung di Hong Kong pada 14 Disember ini.
Sumber: Soompi, Allkpop
Gempak
Tue Dec 11 2018
Difahamkan selain kenderaan yang dinaiki BTS, kemalangan terbabit juga melibatkan beberapa buah kereta dan teksi. - Foto Astro GEMPAK
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
ARMY, persiapkan diri anda! BTS bakal lancar album baharu tahun ini
Kumpulan yang popular dengan lagu "Fake Love" itu akan mengeluarkan single baharu secara digital pada 21 Ogos ini.
Cuti sudah habis 'bro', BTS kini kembali
Pengurus Big Hit Entertaiment yang mengendalikan kumpulan tersebut telah mengumumkan bahawa kumpulan tersebut sudah selesai menjalani cuti mereka selama sebulan.
Peminat cemas, BTS kemalangan selepas tamat konsert di Taiwan
Menurut kenyataan rasmi wakil syarikat pengurusan mereka, Big Hit Entertaiment memberitahu ia hanya kemalangan kecil dan BTS berada dalam keadaan selamat.