PERSATUAN Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) sepakat menggesa pemilik restoran menggunakan perkhidmatan televisyen komersial yang sah untuk tontonan di premis masing-masing.
Sambil mengulangi ketetapan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai perkara itu, Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, mana-mana premis yang menunjukkan karya hak cipta sukan dan kandungan hiburan tanpa persetujuan Liga Perdana dan penyiar rasmi adalah melanggar hak cipta di bawah Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.
Katanya, seksyen itu menetapkan mana-mana premis komersial yang menunjukkan kandungan kepada pelanggannya menggunakan peranti penstriman haram akan dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut beliau, premis komersial itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan mereka bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pemilik kandungan.
"Kami menjalankan perniagaan yang sah dan ingin memastikan bahawa semua perkhidmatan di bawah kami adalah sah.
"Sebagai pemilik perniagaan beragama Islam, amat penting untuk beroperasi secara halal dan mengikut saranan agama. Kegiatan mencuri dalam apa cara sekali pun adalah haram.
"Justeru, pelanggan juga diminta menyokong restoran yang menggunakan perkhidmatan siaran televisyen berbayar," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu Govindasamy berkata, penetapan persatuan itu tepat pada masanya ketika rakyat Malaysia kini dihidangkan dengan pelbagai rancangan hiburan serta yang terbaharu Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang sedang berlangsung untuk menarik lebih ramai pelanggan.
"Ia penting untuk melindungi hak ahli kami yang menggunakan perkhidmatan undang-undang. Ini amat penting kerana kami kini berada dalam fasa endemik dan ahli kami boleh beroperasi tanpa sekatan," katanya.
Orang ramai boleh melaporkan penyiaran haram kandungan sukan dan hiburan di premis komersial kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui talian hotline 1-800-886-800, 03-8882 6088/6245, WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, emel e-aduan@kpdnhep.gov.my atau melalui aplikasi ezAdu. -- Gempak
Gempak
Thu Nov 24 2022

Jawahar Ali berkata premis komersial itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan mereka bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pemilik kandungan. - Gempak
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Menu Rahmah: "Kami tak kira warga asing atau rakyat Malaysia...." - Pemilik Ali Maju
Jawahar Ali terpanggil wujudkan Menu Rahmah kerana memikirkan beban kos sara hidup dan kewangan yang perlu ditanggung oleh sebilangan rakyat.

Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.

Presma jelaskan sebab makanan di restoran mahal
Tiada ruang untuk peniaga menurunkan harga kerana kenaikan itu adalah mengikut peningkatan kos operasi semasa seperti kenaikan sewa kedai, barang keperluan asas dan bahan mentah.

"Pemilik restoran digesa guna perkhidmatan televisyen komersial sah" - Presma
Presma dan Primas sepakat menggesa pemilik restoran menggunakan perkhidmatan televisyen komersial yang sah untuk tontonan di premis masing-masing.

Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.

Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.

Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.

Makan di premis: Presma lega tapi ahli tidak diwajibkan buka premis
Apa yang penting bagi ahli persatuan, ialah mereka perlu memastikan hanya petugas lengkap divaksin dibenarkan untuk bekerja.

PKP 3.0: Pengusaha restoran Muslim rayu waktu operasi dilanjutkan hingga 10 malam
Presma membuat rayuan itu bagi membolehkan sektor itu kembali pulih susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pendapatan harian merosot 80 peratus.

PKP 2.0: Perniagaan restoran merosot 80 peratus - Presma
Lebih 4,200 ahli Presma yang juga pengusaha restoran terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0.