DENGAN pembatalan dua konsert terakhir Adele di London, peminat-peminat tegar menyuarakan kekecewaan mereka selepas berbelanja besar untuk kos perjalanan dan penginapan.
Dalam satu kenyataan, Adele memberitahu bahawa jika persembahan di Stadium Wembley yang dibatalkan itu tidak dijadualkan semula, peminat boleh menuntut bayaran balik.
Namun, peminat penyanyi Hello itu tertanya-tanya jika pihak hotel, penerbangan, kereta api atau bas ekspres boleh memberi bayaran balik.
Ada juga yang memberitahu bahawa para peminat tidak marah kepada Adele yang sedang sakit.
Mereka marah dengan syarikat yang tidak dapat menawarkan pembatalan atau pembayaran balik.
Sementara itu, beberapa peminat terus ke Stadium Wembley secara beramai-ramai untuk menyanyikan lagu-lagu, Adele.
Kata mereka, walaupun Adele tidak boleh menyanyi untuk mereka boleh menyanyi untuk Adele.
Video yang dimuat naik di Twitter disertakan hashtag #SingForAdele.
Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley berikutan masalah vokal.
Adele, 29 tahun, telah berjumpa doktor pada Jumaat dan dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan.
Syafique Shuib
Sun Jul 02 2017

Peminat Adele dari luar negara atau luar bandar kecewa kerana telah berbelanja kos perjalanan dan penginapan untuk ke London.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Adele sahkan pertunangan di hadapan peminat di Jerman
Penyanyi Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika, Rich Paul kepada peminatnya semasa membuat persembahan di Jerman.

Adele tayangkan final 100m wanita Olimpik di konsert Munich
Penyanyi Britain, Adele menggembirakan peminatnya dengan menayangkan semi-final dan final 100 meter wanita Olimpik di konsertnya di Munich.

"Kalau berani lemparlah objek ke arah saya" - Adele bidas kelakuan biadap penonton
Penyanyi terkenal antarabangsa, Adele luah kemarahan terhadap peminat yang gemar lempar objek ke arah artis.

Anugerah Grammy 2023: Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Styles berjaya mengetepikan saingan daripada kumpulan ABBA ( Voyage), penyanyi Adele (30), Coldplay (Music of the Spheres), dan Lizzo (Special).

Beyonce, Adele, Kendrick Lamar dominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65
Penyanyi Amerika, Beyonce mendominasi pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, umum Recording Academy.

Adele menang tiga anugerah utama di Anugerah BRIT
Adele memenangi tiga anugerah utama di Anugerah BRIT pada Selasa, dalam edisi pertama penganugerahan dibuat tanpa pengkhususan jantina.

Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?
Caesars Entertainment enggan mengulas tentang pengganti yang berpotensi bagi bulan Februari dan awal Mac.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Penyanyi Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.

Adele pintas rekod sendiri, '30' kini di tangga teratas carta UK
Pada Jumaat, "30" mula menduduki tempat pertama di Carta Album Rasmi serta memecahkan beberapa rekod.