Selepas lebih lima tahun menderita penyakit kanser peritoneal, pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.
Allahyarham yang berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor pada pukul 1.10 pagi.
Berita pemergian Wafa ke rahmahtullah dikongsi oleh penyanyi dan kenalan rapatnya, Nora di laman Instagramnya.
Menurut Nora, jenazah Allahyarham Wafa akan dibawa ke Masjid Attaqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk disolat sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Bukit Kiara untuk dikebumikan.
Allahyarham Wafa meninggalkan suami, Tajul Faizal Tamimuddin, 52 tahun, dan beberapa orang anak.
Berita pemergian pelakon filem Azizah The Legend itu turut dikongsi oleh ramai kenalan Allahyarham di media sosial.
Wafa yang juga anak bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib sebelum ini dilaporkan menghidap kanser ovari tahap empat sehingga menyebabkan beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita, iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan omentum (lapisan yang menutup bahagian perut).
Pada awal 2016 pula, beliau disahkan menghidap kanser peritoneal.
Sepanjang rawatan, Allahyarham menjalani 18 sesi kemoterapi bagi menghapuskan sel kanser.
Astro Awani
Sat Mar 16 2019
Wafa Abdul Kadir menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia
Selepas lebih lima tahun menderita penyakit kansert peritoneal, pelakon Wafa Abdul Kadir meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.