PELAKON drama Noryati Taib, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Makcik Petir', meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.
"Dukacita dimaklumkan Mama saya telah meninggal dunia pada 1.45 pagi sebentar tadi.
"Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman," kata Faizul Hafiz.
Allahyarham berusia 63 tahun.
Pada tahun 2017, Noryati pernah dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.
Noryati juga diuji apabila sebelah kakinya terpaksa dipotong kerana menghidap penyakit kencing manis.
Pada awal Februari lepas, media melaporkan, Noryati disahkan positif COVID-19 dan kemudian sembuh selepas dirawat di Hospital Permai, Johor Bahru.
Allahyarham terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana.
Menurut adik arwah, Effie Ghazi, yang juga jurukamera Astro Awani, jenazah kakaknya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di Johor Bahru, pada 10 pagi ini.
Astro Awani
Tue Apr 06 2021
Pelakon drama, Noryati Taib atau lebih dikenali dengan panggilan 'Makcik Petir' meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di laman sosial Facebooknya. -Gambar Facebook Faizul Hafiz Hashim
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
"Buat baik dengan jiran, jangan sakitkan hati dan tipu orang" - Pesanan Makcik Petir pada anak-anak
Allahyarham Makcik Petir juuga berhasrat mahu berbuka puasa bersama keluarga pada Ramadan pertama minggu depan.
Pelakon Noryati Taib meninggal dunia
Perkara itu dimaklumkan anaknya Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.