JOHOR BAHRU: Berbuka puasa pada 1 Ramadan yang akan disambut minggu depan bersama keluarga merupakan hasrat yang pernah disuarakan pelakon Noryati Taib tau lebih mesra dikenali sebagai Makcik Petir.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian kerana Allahyarham lebih dulu dijemput oleh Allah pada awal pagi Rabu kerana sakit tua.
Hasrat itu disuarakan Allahyarham Noryati kepada anaknya, Faizul Hafiz Hashim.
“Itulah yang disebut arwah mama, mahu berbuka puasa dengan keluarganya, namun Allah lebih sayangkan beliau,” kata Faizul Hafiz kepada wartawan ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Pasir Gudang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis pengebumian ibunya di tanah perkuburan berkenaan.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham Noryati disolatkan di Masjid Al-Iltihad Perjiranan 9 Taman Air Biru.
Bercerita mengenai keperibadian Allahyarham Noryati, Faizul Hafiz berkata, ibunya merupakan seorang yang sentiasa tidak pernah lekang menitipkan pesanan kepada anak-anaknya.
"Arwah memang suka berpesan, dia punya berleter memang kita rindu. Antara yang dipesan arwah kepada anak-anak ialah jangan sakitkan hati orang, jangan menipu, berbaik dengan jiran dan masyarakat. Tengok tengok hari ini pun jiran banyak bantu (urusan pengebumian)," kata Faizul Hafiz.
BACA: Pelakon Noryati Taib meninggal dunia
Allahyarham Noryati menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun di sisi ahli keluarganya.
Menurut Faizul Hafiz, pada akhir Februari lalu, Allahyarham ibunya mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari akibat komplikasi buah pinggang.
Sejurus selepas keluar dari hospital, Faizul Hafiz berkata, ibunya sudah tidak menerima tawaran berlakon lagi.
Berikutan keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik, katanya, terdapat beberapa rakan artis yang juga anak angkat Allahyarham menghubungi dan bertanya khabar.
Antara artis yang tidak pernah putus menelefon dan bertanya keadaan Allahyarham Noryati ialah pelakon Sharnaaz Ahmad, Mamat Sepahtu, Joey Said dan Along Cham.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Apr 07 2021
Hashim Mohd Yussof yang juga suami Allahyarham Noryati Taib (gambar kecil) menabur bunga di kubur isterinya. - Gambar Astro AWANI
EPL: Salah jaring gol bersejarah, Liverpool bangkit atasi Leicester
Jordan Ayew membuka jaringan seawal minit keenam tetapi ia masih belum cukup untuk mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Buat baik dengan jiran, jangan sakitkan hati dan tipu orang" - Pesanan Makcik Petir pada anak-anak
Allahyarham Makcik Petir juuga berhasrat mahu berbuka puasa bersama keluarga pada Ramadan pertama minggu depan.