PENYANYI, penari dan pelaku seni berbakat, Paula Abdul mengejutkan dunia hiburan Hollywood apabila memfailkan saman kepada seorang eksekutif televisyen kerana didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Ironi, lelaki tersebut iaitu Nigel Lythgoe yang juga penerbit American Idol adalah rakan yang telah bekerjasama dengannya untuk satu tempoh jangka masa yang lama.
Menerusi saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles County beberapa hari sebelum kedatangan tahun baru 2024, Paula mendakwa Lythgoe telah melakukan gangguan seksual sewaktu mereka bekerja dalam program realiti popular, American Idol dan So You Think You Can Dance.
Paula antaranya mendakwa dia pertama kali menerima gangguan seksual daripada Lythgoe pada musim pertama American Idol disiarkan iaitu di awal tahun 2000, lapor TMZ.
Insiden berlaku sewaktu mereka dalam sesi mencari bakat baharu di serantau negara.
Dakwanya, Lythgoe telah melakukan serangan seksual terhadapnya semasa mereka di dalam lif dan dia dapat menyelamatkan diri apabila pintu lif terbuka.
Paula bagaimanapun memilih berdiam diri ketika itu kerana bimbang dipecat.
Dalam fail dakwaan sama, Paula memberitahu telah menerima gangguan seks daripada rakannya itu lebih 10 tahun lalu sewaktu melakukan pertemuan profesional di kediaman Lythgoe di Los Angeles.
Lythgoe dikatakan telah mendesak dirinya untuk menjadi pasangan dan menyifatkan mereka sebagai 'excellent power couple'.
Memberi respons terhadap dakwaan dan saman yang difailkan terhadapnya, Lythgoe mengaku terkejut dan sedih kerana menyifatkan mereka sebagai sahabat.
“Saya terkeju dan sedih dengan tuduhan liar yang dibuat oleh Paula Abdul. Kami telah bersahabat untuk tempoh lebih dua dekad dan tiba-tiba saya dituduh melakukan perbuatan tak senonoh terhadapnya.
“Saya mahu menegaskan semua tuduhan tidak pernah berlaku dan ia sangat menjejaskan reputasi saya,” kata Lythgoe. - Gempak
Gempak
Tue Jan 02 2024

Paula antaranya mendakwa dia pertama kali menerima gangguan seksual daripada Lythgoe pada musim pertama American Idol disiarkan. - Gempak

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Paula Abdul saman rakan sendiri, dakwa diri diserang secara seksual 10 tahun lalu
Paula mendakwa Lythgoe telah melakukan gangguan seksual sewaktu mereka bekerja dalam program realiti popular, American Idol.

COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.

American Idol anugerahkan pemenang terakhir
Trent Harmon dari Mississippi memenangi gelaran tersebut dengan menewaskan pesaingnya La'Porsha Renae dalam acara kemuncak musim ke-15 ini.

Cheryl Cole saman produksi 'X-Factor' RM7 juta
Cheryl Cole memfailkan saman terhadap produksi "X-Factor" selepas dipecat sebagai juri.