KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang melanda membawa hikmah tersendiri bagi penggiat seni antarabangsa, apabila calon Anugerah Akademi atau Oscar tahun ini menyaksikan kepelbagaian paling signifikan dalam sejarah 93 kali penganjurannya.
Selepas enam tahun tanda pagar #OscarSoWhite dipopularkan pengguna laman sosial, tahun ini memperlihatkan peningkatan pentertaan dalam kalangan penggiat kulit hitam dan Asia, malah lebih ramai wanita sebagai calon.
Ini merupakan impak tidak langsung apabila banyak penerbit memilih untuk tidak menayangkan atau menangguhkan tayangan filem berstatus blockbuster, susulan penutupan panggung wayang.
Hasilnya, penganjur perlu mencari alternatif lain, sekaligus membuka ruang kepada filem berskala kecil atau underdog yang ditayangkan di platform penstriman menempatkan diri sebagai calon.
"Sistem pemilihan dalam Oscar macam politik juga. Ia bergantung kepada cara penerbit melobi filem mereka kepada pengundi (dalam jawatankuasa pemilihan).
"Filem-filem berskala kecil ini bukannya tidak bagus, tetapi mereka kebiasaannya tidak mempunyai bajet untuk melobi dan berkempen bagi menarik perhatian pengundi.
"Dengan pandemik ini, filem-filem kecil ini bukan sahaja dapat peluang dan perhatian pengundi, tetapi juga perhatian penonton massa yang kualiti yang dipaparkan tidak kurang hebat berbanding filem keluaran studio besar," kata Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah.
Menjangkakan people of colour mendominasi kategori utama sebagai pemenang, Syazwan juga meramalkan Chloé Zhao bakal menjadi wanita kedua diangkat sebagai Pengarah Terbaik menerusi Nomadland, selepas Kathryn Bigelow melakukannya pada 2010 menerusi filem The Hurt Locker.
Keterbukaan Hollywood dalam menerima pencalonan sejak kebelakangan ini, merupakan satu perkembangan positif dan memberi harapan kepada pengkarya tempatan untuk memasang impian ke Oscar satu hari nanti.
Namun sebelum impian itu menjadi kenyataan, masih banyak masa diperlukan bukan sahaja dalam memperbaiki mutu filem tempatan, tetapi juga membina rangkaian (networking) dan menyusun strategi pemasaran yang berkesan.
"Selain kualiti, networking dan pemasaran juga sangat penting untuk bawa filem ke Oscar. Perlu ambil kira, bagaimana nak push pihak Oscar supaya beri perhatian kepada filem kita.
"Saya perlu tekankan, kemenangan besar Parasite tahun lepas bukan hasil setahun dua. Saya percaya mereka habiskan masa bertahun-tahun belajar dan memerhatikan struktur pemasaran, bagaimana cara nak tembusi dan mendekati pihak Akademi dan pengundi.
"Tahun ini, filem Hong Kong, Better Days berjaya menempatkan diri sebagai calon dalam kategori Filem Asing Terbaik. Sama seperti Parasite, ini adalah hasil usaha bertahun-tahun penggiat seni mereka belajar tentang sistem dan struktur untuk membolehkan filem mereka menempatkan diri sebagai calon.
"Peluang kita sentiasa ada, tetapi perjalanan kita masih jauh, kena belajar pemasaran dan networking yang lebih efektif untuk bawa filem kita ke luar," ujarnya.
Anugerah Akademi akan berlangsung awal pagi esok, dengan calon dan jemputan akan diasingkan di dua lokasi, iaitu di Dolby Theater dan Union Station di Los Angeles.
Antara filem yang bakal memberi saingan sengit untuk memenangi trofi paling berprestij di Hollywood itu ialah Nomadland, Judas and the Black Messiah, The Father dan Minari.
Madiha Abdullah
Sun Apr 25 2021

Minari dan Nomadland antara filem yang dijangka menang besar dalam Anugerah Akademi ke 93, esok.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Oscar: Meriah dalam kepelbagaian, bagaimana peluang filem tempatan?
Perjalanan filem tempatan masih jauh untuk memperbaiki mutu filem tempatan dan membina rangkaian serta menyusun strategi pemasaran yang berkesan.

Sean Connery pernah luahkan rasa menyampah terhadap watak James Bond
Dia pernah menolak tawaran Bekas Pengurus Machester United Matt Busy yang kagum dengan fizikal Sean untuk menjadi pemain bolasepak

Teruk sangat ke filem AS? - Trump cemuh kemenangan filem Parasite di Anugerah Akademi
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencemuh Anugerah Akademi atas pengiktirafannya kepada filem Korea Selatan, Parasite sebagai filem terbaik di Oscars.

Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar
Malaysia turut menyertai senarai itu dengan filem "M for Malaysia" arahan Ineza Rousille dan Dian Lee.

Tiada siaran anugerah Oscars untuk Asia Pasifik
Oscars ke-91 berdepan pelbagai cabaran di mana individu yang sepatutnya menjadi hos, Kevin Hart, menarik diri susulan kontroversi Tweet beliau sebelum ini yang berbentuk diskriminasi.

Gangguan seksual: Kevin Spacey didakwa lagi, kongsi video 'pelik' di YouTube
Pelakon Kevin Spacey akan didakwa dengan pertuduhan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan gangguan seksual.

Filem '2001: A Space Odyssey' kembali dalam format IMAX
Proses pemindahan format filem epik sains fiksyen karya dan arahan Stanley Kubrick itu dibuat bawah pengawasan pengarah tersohor, Christopher Nolan.

Actor Casey Affleck withdraws as 2018 Oscar presenter
Affleck, 42, was expected to present this year's best actress award in keeping with Academy of Motion Picture Arts and Sciences tradition.

#Oscars2016: Lapor Langsung Anugerah Akademi ke-88
Anugerah Akademi atau Oscar ke-88 berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles. Ia akan diacarakan oleh Chris Rock dan menyaksikan perebutan 24 kategori.

Chris Rock bakal sentuh isu #OscarsSoWhite untuk monolog pembukaan
Chris Rock akan tetap menjadi hos walaupun beberapa selebriti bakal boikot acara itu kerana gagal iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih.