Anugerah Academy ke-85 yang berlangsung Ahad ini bakal menyaksikan filem Argo arahan Ben Affleck berentap dengan filem arahan Steven Spielberg menerusi Lincoln.
Buat Spielberg, beliau bakal berentap untuk anugerah filem terbaik, yang pertama sejak memenangi anugerah itu menerusi filem Schindler's List pada tahun 1994.
Spielberg juga dijangka bakal memenangi anugerah kategori pengarah terbaik.
Walaubagaimanapun, laluan tidak mudah buat Spielberg dan Affleck yang terpaksa bersaing dengan pengarah kelahiran Taiwan, Ang Lee bagi filem Life of Pi, David O. Russell dengan filem Silver Linings Playbook atau pengarah kelahiran Austria, Michael Haneke menerusi filem Amour.
Pelakon utama Lincoln, Daniel Day-Lewis pula disebut-sebut bakal menggondol takhta pelakon lelaki terbaik.
Bagi kategori pelakon wanita terbaik pula, Jessica Chastain yang membawa watak sebagai agen CIA memburu Osama bin Laden di dalam filem ‘Zero Dark Thirty’ dijangka bakal membawa pulang anugerah bagi kategori tersebut walaupun mendapat saingan sengit daripada Jennifer Lawrence bagi penampilannya dalam filem Silver Linings Playbook.
Persaingan bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik pula dilihat lebih terbuka meskipun Anne Hathaway dilihat sebagai pilihan utama menerusi wataknya dalam filem Les Miserables yang turut dicalonkan dalam kategori filem terbaik.
Penyanyi British, Adele bakal membuat persembahan di majlis itu nanti dengan menyampaikan lagu tema filem James Bond terbaru, ‘Skyfall’. Majlis ini turut akan dihiburkan oleh penyanyi terkemuka, Barbra Streisand.
AFP
Sun Feb 24 2013


Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Oscar: Argo bakal bersaing sengit dengan Lincoln
Anugerah Academy ke-85 yang berlangsung Ahad bakal menyaksikan filem Argo bersaing sengit dengan filem Lincoln.