KEPADA sesiapa yang jarang memikirkan tentang industri seni dan bagaimana proses pameran seni itu berlaku, barangkali memikirkannya secara asas: iaitu kerja yang dilakukan diantara pihak yang memberikan dana, kurator dan para artis.
Artikel ini bakal memberi sedikit sebanyak tentang peranan kurator dan signifikannya mereka di dalam menghasilkan pameran seni. Seringkali di dalam setiap pameran seni, pihak awam selalunya hanya memberi keutamaan kepada para artis yang menghasilkan lukisan, tidak lebih daripada itu.
Kerana mereka dilihat sebagai ‘orang di barisan hadapan’ yang bertanggungjawab di dalam memukau para penonton yang ada, tetapi kepada sesiapa yang sudah biasa melawat setiap pameran seni yang ada, mereka mulai sedar bahawa sebahagian besarnya dijalankan oleh para kurator, yang menentukan karya artis dan menulis esei katalog.
Mereka bertanggungjawab untuk menulis tentang nilai ataupun elemen yang ketara di sebalik karya para artis. Melalui kurasi mereka, mereka berjaya melakukan suatu proses interaksi di antara para audien dan karya yang ada. Secara tidak langsung, mereka memainkan peranan untuk menentukan tanggapan ataupun impresi yang bakal berlaku semasa berlangsungnya pameran tersebut.
Untuk Seni Fokus, pihak kami berjaya menghubungi Ong Jo-Lene, seorang kurator mandiri yang sedang menjalankan pameran seninya yang pertama, Making Space: We Are Where We Aren’t di bawah program ‘Run and Learn’ anjuran Japan Foundation.
Semasa saya sempat berbual sebentar sebelum ini, beliau pernah menyatakan tentang pendekatan yang beliau ambil iaitu pendekatan kontekstual. Ianya juga menarik untuk diperhatikan tentang tema utama untuk pameran yang akan datang ini, lebih kepada konteks Kuala Lumpur, proses urbanisasi dan bagaimana dunia moden berjaya menentukan definisi ruang peribadi dan awam kita secara radikal, dan bagaimanakah impaknya terhadap masharakat dunia ketiga.
Bagaimana karier anda sebagai kurator bermula? Adakah anda sudah mempunyai pengalaman yang lama di dalam melakukan kurasi seni kontemporari?
“Ianya bermula dengan pemilihan buku Marshall Cavendish semasa saya kecil, buku yang banyak memaparkan karya seni yang agung. Saya menuntut ilmu pemasaran di universiti, beralih menjadi editor di laman web LoyarBurok, dari situ jalan peralihan itu lebih terbuka kepada teman-teman yang menggunakan seni sebagai medium ekspresi mereka. Saya menjadi sukarelawan untuk acara Seksualiti Merdeka, berjaya melakukan projek kecil iaitu projek ‘Stop Motion’ yang menyentuh tentang isu keganasan terhadap wanita dan selepas itu saya menjadi pengarah seni di MAP@Publika. Dari situ saya menemui konsep ‘kurasi’ dan saya juga berpeluang untuk belajar dengan Shooshie Sulaiman, secara tidak langsung peranan untuk menjadi ‘kurator’ adalah sesuatu yang begitu jelas bagi saya, dari situ saya membentuk haluan yang ada dan akhirnya saya berpeluang untuk menyertai beberapa program kurasi dimana pameran ‘Making Space’ adalah hasil utamanya.”
Adakah wujud perkembangan tentang definisi kurator? Adakah karier kurator ini berkembang dan mempunyai pelbagai cabang?
“Di kala ini karier sebagai kurator sudah menjadi umum, walaupun untuk khalayak awam ianya bukannya sesuatu yang biasa didengari. Keadaan berlalu dan kian berubah, begitu juga konsep sesuatu karya. Di dalam beberapa tahun ini, begitu banyak festival dan hampir kesemuanya memerlukan peranan kurator – mungkin sebagai kurator muzik, filem, ataupun makanan. Di samping itu, pendekatan kurasi juga turut berkembang. Bagi saya, subjektiviti benar-benar mempengaruhi praktis kurasi waktu ini. Ianya tentang pilihan yang dibuat tiap-tiap hari dan juga politik peribadi.”
“Kurasi harus dilakukan secara kritikal dan intelektual. Bukan untuk menunjuk betapa pandainya kurator itu, tetapi sekadar bimbingan secara umum. Untuk memahami dunia yang dihuni oleh kita sendiri, apa yang berlaku disebaliknya, gambaran yang lebih besar. Kurator mengikut definisi saya harus berhadapan dengan apa yang berlaku sekarang dan menjangkaui pertalian peribadi seseorang. Saya melihat apa yang harus dilakukan melalui hasil karya para penggiat seni itu sendiri dan berdasarkan konteks Kuala Lumpur.”
Apakah signifikannya kurator di dalam menentukan karya apa yang mampu dilihat sebagai sesuatu yang benar-benar penting? Atas kayu ukur apa, tujuan utama kurator – subjektif (hanya berdiri atas nilai estetik) ataupun objektif (mengikut konteks yang ada)?
“Kurator tidak patut menggunakan karya-karya yang ada sebagai sarana mereka, mereka tidak harus mengongkong suatu tema yang kaku untuk para artis. Itu yang saya cuba lakukan, kerana setiap karya yang ada menerangkan banyak benda, menjangkaui batas tema yang ada. Mungkin pada waktu dahulu, pengkritik seni adalah penentu taraf sesuatu karya, begitu juga dengan kurator muzium, jika diberi bimbingan audio tentang apa dan bagaimana untuk melihat sesuatu karya yang agung. Tetapi itu membataskan kebolehan para audien, bagi saya peranan kurator harus mengutamakan para audien dan melihat setiap karya sebagai landasan dua hala.”
“Suatu proses di mana audien itu sendiri mampu menanggapi karya yang ada seadanya. Di Malaysia, susah untuk menjadi pengkritik seni sahaja, mungkin kerana sebab kewangan, seseorang itu tidak mampu menampung kehidupannya dengan menulis ulasan karya seni sahaja, jadi mereka harus melakukan semua benda. Ada yang menjadi kurator, menulis ulasan, dan juga pada masa yang sama membuat komisen artikel untuk beberapa pameran seni. Kurator juga harus berjaya membuat kajian melalui sejarah dan objektivitinya juga harus jelas. Beberapa tahun yang lepas, wujudnya suatu laman web yang dinamakan Arteri Malaysia. Ia banyak membincangkan tentang karya-karya seni, sekarang ianya sudah tidak ada dan ianya sesuatu yang benar-benar merugikan.”
Apakah maksud Cik Jo-Lene apabila menyebut tentang kepentingan ‘pendekatan mengikut konteks’ dan pengantara? Apakah bezanya dengan proses kurasi yang konvensional?
“Memaparkan karya yang selari dengan persepsi para audien dan hubung kaitan artis dengan konteks sosio-politikal negara kita. Dan teks yang ditulis oleh para kurator harus membimbing para audien semasa melihat karya-karya yang ada. Seperti pameran seni di Sekeping Sin Chew Kee, saya banyak menekankan tentang konsep ruang dan bagaimana kesemua karya lebih kurang turut menyentuh tentang tema yang ada. Teks yang ada harus menuju ke persoalan yang sama, dengan harapan agar penjelasan yang menyeluruh dapat dicapai apabila para audien mulai melihat karya-karya yang ada. Dan mengharap bahawa pelbagai persoalan timbul daripada benak para audien, sebagai suatu interaksi yang bersifat dua hala.”
Ceritakan pengalaman anda semasa dipilih untuk menyertai ‘8th Berlin Bienalle Young Curators Workshop’ dan ‘Run & Learn: New Curatorial Constellations’, dan apakah perbandingan yang dapat dibuat (dari segi positif ataupun negatif)?
“Saya mulai sedar yang saya seperti seekor ‘katak di bawah tempurung’. Saya mulai sedar bahawa banyak benda yang saya tidak tahu. Hampir semua pendekatan tentang cara untuk berfikir mengenai sesuatu tema diperolehi sewaktu saya di Berlin. Walaupun saya disana selama sepuluh hari, ianya merupakan pengalaman yang memuaskan. Di sana sentiasa ada perbincangan tentang pendekatan kurasi dan dari situ, data-data yang di kumpul mulai masuk akal apabila saya terus membincangkannya disini, ianya berjaya dikutip semula dan menjadi lebih senang untuk difahami. Pengalaman saya di Berlin lebih mengajar saya bagaimana untuk berfikir dan pendekatan yang harus diambil, manakala di Jepun pula lebih kepada perlaksaan ideal kita, dan itu adalah teknik dan kebolehan yang lain pula.”
Apakah kondisi industri seni di rantau kita, dan bagaimana kesinambungan karya seni kita – adakah ianya semakin berjauhan dengan keadaan masharakat, terasing daripada pergelutan secara objektif, dan jurang semakin jelas terlihat diantara para penggiat seni dan rakyat biasa?
“Bagi saya apa yang bagus adalah setiap artis dirantau ini sedar akan jurang yang berlaku dan secara jelas mereka melakukan usaha untuk merapatkan jurang yang ada. Bukan sebagai artis luar yang bersertakan jarak yang superfisial, tetapi lebih kepada usaha untuk memperkenalkan anak-anak muda diluar tentang alat-alat yang dapat digunakan oleh mereka. Dan itu bagi saya sudah cukup bagus. Sebagai contoh, Kontak membuat workshop di luar Kuala Lumpur, mengajar anak-anak kecil bagaimana untuk menanam sayuran.”
“Untuk pameran ini juga, karya mereka berada diluar bangunan, mereka merasakan karya mereka harus berada diruang awam dan terbuka kepada orang ramai. Sharon Chin pula membuat bengkel mengajar anak-anak kecil melukis di Balai Seni Lukis dan juga Sabah. Jadi mereka memainkan peranan untuk memberi anak-anak muda ini alat untuk mereka berdikari dan bukannya untuk memaksa anak-anak muda ini untuk mengikut apa yang mereka kata. Ada banyak lagi contoh yang menunjukkan bahawa para artis turut melakukan usaha untuk merapatkan jurang yang ada. Komuniti Lostgens dengan penduduk Jalan Sultan, dan Ili Farhana dan Aisyah Baharuddin bersama Projek Padang Jawa mereka.”